Ada seorang wanita yang telah menggunakan beberapa ubat di kepalanya , lantaran beliau mengalami masalah keguguran rambut. Terdapat sejenis ubat yang dapat mengubati rambut kepalanya bagi membantu menanam rambut beliau. Akan tetapi, ianya mengandungi lemak babi dan salah satu unsur dari darah babi tersebut. Adakah ubat ini boleh digunakan?

babi

Jawapan :

Menggunakan ubat yang menggandungi lemak babi adalah tidak mengapa, jika teramat memerlukannya. Kerana apa yang diharamkan pada babi itu adalah memakannya ;

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi,…

[An-Nahl: 115]

Dan firman Allah Taala ketika memerintahkan Rasulullah s.a.w. dengan katanya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi …

[Al-An`am:145]

Dan sabit pula dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:

Sesungguhnya diharamkan bagi kamu dari bangkai adalah memakannya..

[Al-Iqna` li Ibnu Munzir : Hadis 178]

Rasulullah mengizinkan memanfaatkannya setelah di sertu. Ianya juga sabit dari Nabi s.a.w., baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan patung berhala. Lalu ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, tidakkah engkau tahu bahawa lemak bangkai dapat menjadi bahan bakar untuk kapal,mengubati kulit dan memberi manfaat kepada manusia. Lalu Rasulullah bersabda: tidak, sesungguhnya ianya diharamkan.

[Sahih Muslim : 1581]

Iaitu haram menjualkannya kerana ia benda bernajis. Bahkan, para sahabat bertanya soalan tersebut bukanlah untuk mengetahui hukum benda-benda yang disebutkan, tetapi untuk mengetahui adakah ianya boleh dijual.

Maksud mereka adalah : “faedah-faedah ini telah kebaikan kepada manusia dari sumber lemak bangkai, tidak bolehkah menjualnya? Lalu Rasulullah berkata: Tidak, ianya haram.”

Oleh itu, menggunakan ubat bagi mengubati kepala sekiranya benar ianya memberi kebaikan , maka keperluan kepadanya menyeru kepada kebolehannya. Walaupun begitu, jika beliau menggunakan sewaktu hendak solat hendaklah ianya dibasuh kerana lemak babi adalah najis. Tamat.

Wallahu alam.

Fatwa Syeikh Ibnu Uthaimin r.h

Rujuk : Islamqa.com