Header Ads

test

Hukum Bersuci Dengan Air Mustakmal

Persoalan: Ulama berbeza pendapat dalam mengharuskan bersuci dengan air yang mustakmal ketika mengangkat hadas. Adakah diharuskan bersuci dengannya bersama wujud sesuatu yang lain ataupun tidak?
air paip
Makna Air Mustakmal
Ulama Syafieyyah mendefinisikan air mustakmal sebagai air yang telah digunakan pada basuhan fardhu (wajib) atau yang digunakan pada menghilangkan najis.
Syarat untuk dihukumkan air tersebut sebagai mustakmal adalah seperti berikut:
1.       Air tersebut kurang daripada dua kolah (anggaran 190 liter)
2.       Air tersebut telah digunakan pada basuhan fardhu iaitu air basuhan pertama pada setiap anggota wudhuk atau pada mandi junub. Air yang digunakan pada basuhan sunat seperti basuhan kedua, ketiga atau membasuh telapak tangan tidak dihukumkan mustakmal.
3.       Air tersebut sudah terpisah daripada anggota. Sebagai contohnya sekiranya air yang digunakan masih berada dan mengalir pada anggota wudhuk seperti muka atau tangan maka ia tidak dinamakan air mustakmal. Apabila ia menitis turun dan terpisah daripada anggota maka di ketika itu baru dihukumkan sebagai mustakmal.
Hukum : Pendapat Pertama
Telah berpendapat Ahli Zahir dan salah satu pendapat dari Imam Malik r.h. bahawa berwudhuk dengan menggunakan air mustakmal adalah diharuskan. Begitu juga keadaannya mandi wajib tanpa membezakan ianya disertai dengan benda lain ataupun tidak, tiada beza diantara air mutlak dan air mustakmal.
Hujah mereka :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dari lebihan air yang berada di tangannya. Dan sebuah riwayat daripada Saidina Ali r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. telah mengambil air yang membasahi janggutnya dan menyapu kepala beliau.
Pendapat Kedua
Telah berpendapat Al-Syafii, satu riwayat dari Imam Ahmad, pendapat yang masyhur dari mazhab Abu Hanifah, dan salah satu pendapat dari Imam Malik. Bahawasanya, air mustakmal tidak boleh menyucikan dan tidak boleh mengangkat hadas menggunakannya. Maka tidak boleh menggunakannya dalam bersuci. Barangsiapa yang berwudhuk dengan air mustakmal dan bersolat dengannya, maka perlulah diulang semula solat tersebut.
Hujah mereka :
Nabi s.a.w. telah bersabda:
Daripada Abu Hurairah , Nabi s.a.w. bersabda: Janganlah seseorang daripada kamu mandi di dalam air yang tidak bergerak  padahal ia dalam keadaan berjunub. Para sahabat bertanya: wahai Aba Hurairah, bagaimana Rasulullah lakukan?. Lantas Abu Hurairah menjawab: Ia mencedok air tersebut.
Pendapat Yang Terpilih :
Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat kedua, air mustakmal tidak diboleh digunakan untuk bersuci. Ini adalah kerana kuatnya pendapat ini berdasarkan perbuatan para sahabat. Mereka mempunyai air yang sedikit didalam perjalanan mereka, namun mereka tidak pula beramai-ramai berwuduk didalam satu bekas air. Sekiranya air tersebut bersih, pastinya para sahabat akan melakukan hal demikian.
Peringatan!
Air mustakmal yang jatuh ke dalam sesuatu bekas tidak semestinya mengakibatkan seisi bekas tersebut juga mustakmal. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Air yang bersih itu tidak menjadi najis kecuali apabila bertukar  baunya, rasanya dan warnanya.
Sekiranya air yang terjatuh itu ke tempat bersih dan melebihi dua kolah, maka ia bersih. Sekiranya ia jatuh ke dalam tempat yang najis, maka ia menjadi najis.
Rujuk : Dr Mansur Abduh, Kitab Dalil al-Tholib Li makrifah Feqh al-Mazhab( Ibadat ), Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Dumyat.

Ulasan Tambahan: 
http://www.ustazusa.com/2015/09/ulasan-kitab-sabab-wurud-hadis-hadis-2-4.html 

2 comments:

  1. salam ustaz,minta penjelasan tentang hukum memgang anjing,saya difahamkan ada mazhab yang membolehkan,dengan syarat yang tertentu..
    harap dapat dijawab dengan dalil mazhab sekali..
    *jiran bela anjing jadi sangat susah dalam pergerakan,bila kita nak menjaga~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6/08/2012

      Hukum menyentuh anjing adalah haram. kena sama, sabda Nabi
      طهور إناء أحدكم إذا ولغ فبه الكلب أن يغسله سبع مراة أولاهن بالتراب
      sucinya bejana seseorang kamu apabila dijilat oleh anjing, bhw dia hendaklah membasuh bejana itu sebanyak tunuh kali dgn air bersih dan basuhan yang pertama hendaklah dgn air bercampur tnh. menyentuh anjing yang bdnnya bsh kena cuci seperti dgn cara diatas tersebut

      Delete

Powered by Blogger.