Header Ads

test

Ulama Islam Memberi Amaran Kepada Kerajaan Syria Dari Terus Menumpahkan Darah Rakyatnya

Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah mengumumkan kebimbangan  terhadap « Situasi Tragis Di Syria ». Mereka juga memberi amaran kepada Kerajaan Syria dari terus menumpahkan darah orang tidak bersalah. Ini bagi mengejutkan kebisuan Persatuan Liga-Liga Arab dan Organisasi Kongres Islami terhadap apa yang berlaku, dan menuntut pendirian yang sama sepertimana Revolusi Libya .

syria-protest

Kesatuan Ulama berpandangan dalam menjelaskan apa yang telah berlaku pada hari Isnin dengan menyatakan :

“Kerajaan Syria perlu menghentikan pembunuhan dan membuang sekatan terhadap Bandar-bandar dan negeri-negeri”

Serta membiarkan rakyat Syria merentasi kehendak kebebasan, keadilan dan kemuliaan. Begitu juga, Kesatuan Ulama menuntut bagi menghentikan “Cerita Intai dan Berontak”, dan membiarkan keberanian dalam pembaikan sebenar yang cukup bernilai . ianya dikehendaki rakyat bagi mengejar kembali kepercayaannya, dengan kaedah penjelasan.

Kesatuan Ulama memberi amaran kepada Kerajaan Syria dengan menjadikan darah manusia yang tidak bersalah yang telah dialirkan atau yang akan dialirkan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan. Dan disebabkan pertahanan mereka yang kuat kepada Negara-negara besar – Khususnya barat- dari mencampuri  urusan orang Syria, tidak kelihatan keuntungan pun menaruhkan kerajaan kepada Rusia dan China yang bersengkonkol dengan rakyat Libya dan revolusi mereka dalam menentang “Rakannya Muammar Ghaddafi”.

thousands-protest-in-syria-where-clashes-killed-5-2011-03-20_l

Bilangan kematian syuhada rakyat Syria telah melebihi 1200 orang setakat ini. Ditambah pula beribu-ribu yang cedera dan ditangkap sejak bermulanya tunjuk perasaan dan protes pada 15 mac yang lalu di Bandar Dir`ah.

Kebisuan Total

Kesatuan Ulama kehairanan di atas “Kebisuan yang total dalam Persatuan liga-liga Arab dan Organisasi Kongres Islami” terhadap apa yang berlaku di Syria. Kesatuan juga menuntut pendirian yang jelas dari kedua-dua pertubuhan ini sepertimana dalam Revolusi Libya. Memandangkan kita tidak boleh membisu dalam perkara kezaliman, dan tidak boleh juga bersopan santun terhadapnya. Inilah yang diingatkan Allah taala:

Janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

[Hud:113]

kematian syria

Kesatuan juga menyeru Turki untuk menekan Kerajaan Syria “Sehingga hentinya pembunuhan berantai” sepertimana yang disebutkan oleh Presiden “Erdogan sendiri” iaitu “menggandakan usaha dan gerak kerja supaya tidak merubah Syria kepada Libya yang baru”.

Begitu juga, Kesatuan menguatkan kenyataan “ memacu anak yang kesempitan kepada kesatuan barisan yang bertentangan di dalam Syria dan diluarnya bagi menyokong para penunjuk perasaan dan tuntutan rakyat yang dibenarkan sehinggalah ia direalisasikan”.

protes

Di akhir kenyataan yang di tanda tangani oleh Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi /Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Kesatuan menyeru “Bangsa Arab dan Islam, khususnya Ulama dan Khatib mereka untuk bersama menyokong rakyat Syria secara harta benda mahupun moral, serta memohon doa untuk mereka dalam Qunut nazilah dan sujud”.

------------------------------

Rujuk Kenyataan Asal: al-Qaradhawi.net

Rujuk Kenyataan Kesatuan Ulama: al-Qaradhawi.net

1 comment:

  1. Bahaya gak Basyar Assad nih dok bunuh rakyat sendiri macam Gaddafi jugak.Tak lama la tu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.