Header Ads

test

Fatwa Puasa Rejab, Syaaban, Ramadhan- al-Qaradhawi

Soalan : Pada suatu hari, saya mendengar anda berbicara soal bulan Rejab. Anda mengatakan bahawa tidak terdapat suatu pun hadis sahih dari Nabi s.a.w. berkenaannya. Oleh itu, apakah hukum berpuasa dalam bulan Rejab? Adakah ianya termasuk perkara sunat ataupun bidaah?

Moon-in-phases

Dr Yusuf al-Qaradhawi menjawab:

Tidak dijumpai pun kenyataan saya berkenaan puasa rejab dalam perbincangan yang didengari oleh saudara. Walau bagaimana pun, saya mengatakan ketika itu bahawa bulan Rejab merupakan sebahagian dari bulan-bulan haram (suci). Berpuasa di bulan-bulan haram adalah diterima dan sunat (Mustahab). Tetapi, tidak terdapat dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berpuasa sebulan penuh. Kecuali Ramadhan. Yang paling banyak puasanya adalah bulan Sya`aban, tetapi beginda tidak berpuasa setiap hari, inilah sunnah nabawiyah dalam perkara itu... baginda berpuasa dan tidak berpuasa pada setiap bulan. Seperti mana terdapat dalam sebuah hadis:

Baginda s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata baginda berpuasa tanpa ada hari baginda tidak berpuasa, lalu baginda tidak berpuasa sehinggalah kami berkata baginda tidak berpuasa.

[Hadis Ibnu Abbas Riwayat Abu Daud: 2079]

Oleh itu, perbuatan sebahagian manusia yang berpuasa di bulan Rejab secara keseluruhannya, sepertimana yang saya lihat di beberapa negeri sebelum ini, begitu juga yang saya lihat sebahagian manusia yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan dan enam hari dalam bulan Syawwal, dan menamakannya dengan “Hari-Hari Putih”, setelah itu barulah mereka tidak berpuasa. Mereka jadikan hari raya pada hari ke lapan dalam bulan Syawwal...  menjadikan puasa pada tiga bulan dicampur dengan enam hari secara bersambungan, hanya tidak berpuasa pada hari raya ( Aidilfitri). Perkara ini tidak terdapat (contohnya) dari Nabi s.a.w. mahupun dari para sahabat dan salaf as-soleh. Maka lebih baik berpuasa satu hari dan tidak pada hari lain, tidak berturutan puasa.

Setiap perkara itu adalah baik sekiranya mengikut orang terdahulu ( Salaf), dan setiap perkara menjadi buruk apabila direka oleh golongan terkemudian (khalaf).

Siapa yang mahu mengikut, dan mengharapkan pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi s.a.w. Tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari , dan juga tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari. Inilah yang lebih utama.

Wabillahi Taufik.

Rujuk Kenyataan Asal : al-Qaradhawi.net

5 comments:

  1. kiranya boleh ka tidak ustaz puasa hari2 dalam bulan rejab? saya nak posa tahan nafsu makan tidoq...xble ka?

    ReplyDelete
  2. berpuasa setiap hari dibulan rejab tidak sabit dari nabi. kalau nak menahan nafsu , maka buatlah puasa yang dianjurkan seperti puasa selang sehari. ini juga dinamakan sebagai puasa nabi Daud a.s.

    ReplyDelete
  3. salam..selalu dengar salah faham tentang puasa bulan rejab,syaban ni,tambah2 bila dah masuk bulan rejab..alhamdulillah,baca post ni,rasa yakin nak buat sesuatu..syukran atas perkongsian..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum bagaimana ya jika seseorang berpuasa namun begitu sewaktu berbuka makan dengan banyak sekali? Adakah ini tanda puasanya tak berkesan? maksudnya tak mampu menahan nafsunya.. bagaimana nak elakkan macamni lagi?

    2. bagaimana untuk memurnikan niat untuk buat sesuatu kerana Allah? means taknak ada kepentingan diri dalam buat sesuatu. cth mcm puasa, taknak dalam fikiran ada rasa ha nanti aku puasa ni nanti dah lama2 mesti2 kurus

    3. apa hukum mandi yg tidak pakai kain basahan? sy tau makruh, tp taktau dalil, tp sy yakin ia tetap makruh..

    jzkk

    ReplyDelete
  5. wasalam :
    1)puasa ada 2, puasa zahir dan puasa batin.. puasa zahir pastinya selesai setelah sellesainya maghrib. tetapi puasa batin adalah puasa disepanjang bulan Ramadhan dan keseluruhannya. hakikat puasa zahir adalah menahan diri dari makan dan minum, manakala puasa batin pula menahan diri dari melakukan perkara2 maksiat... dalam situasi yang saudara berikan... ianya adalah lumrah manusia, bahkan... mungkin sahaja pahala orang sebegini lagi besar.. kerana beliau menahan nafsu laparnya dengan susah payah . pahala dikira dari susah payah seorang itu menjalankan ketaatan kepada Allah.
    2. untuk memurnikan niat, kita kena memahami jalan yang menyebabkan kita tidak ikhlas.. sila baca artikel ini : http://aljazary.blogspot.com/2011/05/niat-dan-ibadah.html
    3.mandi dalam keadaan bogel yang terhindar dari padangan manusia, maka hukumnya harus, tidak makruh sama sekali seperti yang difahami kebanyakkan orang.



    Diriwayatkan dalam hadith Sohih Bukhari, “Bab Mandi Telanjang Seorang Diri Di Tempat Sepi, Namun Menutupi Diri (Menggunakan Kain Basahan) Lebih Utama” Nabi Musa as pernah mandi dalam keadaan bogel/telanjang.



    Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW baginda bersabda : “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa as mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata :’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu” (Sohih Bukhari No.278. Lihat Fathul Bari Bab 20, hadith No. 278)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.