Rasulullah pernah berkata:

Demi jiwaku ditanganNya, tidak akan (sempurna) iman salah seorang dari kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya, serta manusia keseluruhannya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 15]

rasul

Abdullah bin Hisyam pernah bercerita tentang kisah ucapan Umar al-Khattab kepada Rasulullah :

(Suatu hari,) Kami bersama Rasulullah , ketika itu baginda memegang tangan Umar al-Khattab, lantas Umar berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau adalah manusia yang paling aku cintai berbanding apa sahaja melainkan diriku. Lalu Nabi berkata: Tidak! Demi Dzat yang diriku ditanganNya! Sehinggalah aku menjadi manusia yang paling engkau cintai (sekalipun jika) dibandingkan dengan dirimu sendirimu sendiri. Lantas Umar berkata kepada baginda: Sekarang ini, (aku bersaksi) demi Allah! engkaulah manusia yang paling aku cintai (sekalipun jika) dibandingkan dengan diriku sendiri. Lalu Nabi berkata: Sekarang ini (telah sempurnalah iman kamu) wahai Umar.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6632]

Semua umat Islam perlu mengetahui bahawa cinta kepada Rasulullah dibuktikan dengan mengikut segala apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah .

Ini dikenali sebahai: Cinta dan Mengikut (الحب و الاتباع  )

Abu Thalib, bapa saudara Rasululluah amat menyayangi Rasulullah . Dia mempertahankan Rasulullah dari disakiti oleh puak kafir Quraisy. Namun, dia hanya mempunyai cinta, tidak mengikut.

Al-Musayyib bin Hazn telab bercerita:

Ketika saat genting kematian Abu Thalib, Rasulullah telah datang kepadanya. Baginda mendapati Abu Jahal bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah telah berada disamping Abu Thalib. Rasulullah pun berkata kepada Abu Thalib:

“Wahai pak cik, sebutlah ‘La ilaha illa Allah’. Sebaris kalimah yang akan dapat menjadikan aku saksimu ketika berada disisi Allah”

Lantas Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah pun berkata kepada Abu Thalib: “Wahai Abu Thalib! Adakah kamu membenci agama Abdul Muthalib?”

Rasulullah terus menerus menerus menawarkan syahadah kepada pak ciknya, Abu Thalib. Begitu juga Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah, mereka mengulang-ngulang ucapan mereka. Perkara itu berlanjutan sehinggalah Abu Thalib menamatkan kata-katanya dengan terus berada atas agama Abdul Muthalib (Kafir). Dia berpaling dari menyebut “La Ilaha Illa Allah”.

 [Rekod Sahih al-Bukhari: 1360]

Abdullah bin Ubai bin Salul, Kepala munafik Madinah mengikut segala perbuatan Nabi . Namun dia menyimpan dendam terhadap Rasulullah . Sehinggakan anaknya sendiri (Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul) pernah meminta kebenaran Rasulullah untuk membunuh bapanya sendiri.

Dia (Abdullah bin Abdullah bin Ubai) meminta kebenaran Nabi untuk membunuh bapanya, namun Nabi melarang dia melakukan perkara tersebut.

[Direkod oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: 6491]

Abu Thalib dan Abdullah bin Ubai, keduanya tidak mendapat kurniaan syurga. Kerana mereka tidak menghimpunkan Cinta dan Mengikut.

Namun, lihatlah betapa cinta anak Abdullah bin Ubai. Cintanya kepada Rasulullah setelah melihat kelukaan demi kelukaan yang disebarkan oleh bapanya sendiri kepada Rasul yang paling dia cintai melibihi dirinya sendiri.

Para sahabat Rasulullah menghayati suruhan Allah Taala:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu menycintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun, dan Maha Mengasihi.

[Ali Imran: 31]

Abdullah Nasih Ulwan menyatakan dalam bukunya, Islam dan Cinta (الإسلام و الحب ) bahawa Abu Sufian pernah berkata:

Aku tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan manusia yang mencintai manusia lain sepertimana cintanya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.

rasulullah