Sesungguhnya kesetiaan hakiki hanyalah untuk Islam. Ia adalah gabungan (intima`) yang sempurna kerana Allah Taala dan perundanganNya. Dan juga Intima` yang sempurna kepada Rasulullah dan sunnahnya yang mulia.

ramadhan2

Intima` hakiki dengan Islam berlaku dalam amalan yang benar-benar Ikhlas bagi mengukuhkan agama ini. Kesetiaan hakiki kepada Islam benar-benar muncul apabila menyahut seruan kembali kepada lapangan perundangan Islam dari segala segi seperti: Politik, Kenegaraan, Ekonomi, Kemasyarakatan, Kesusasteraan, dan Keduniaan.

Dunia akan dapat diperbaiki dengan agama. Dan orang yang memperbaikinya merupakan kumpulan yang berpegang teguh dengan agama Allah (Hizbullah), maka mereka adalah kumpulan yang berjaya.

Allah Taala berfirman:

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulNya serta orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia). Kerana sesungguhnya kumpulan (yang berpegang teguh dengan agama) Allah itulah yang akan tetap menang.

[al-Maidah: 56]

v  Revolusi Iman

Rakyat mahu menjatuhkan pemerintahan yang rosak. Manakala kita pula mahu menjatuhkan kerosakan akhlak, agama, dan pemerintahan kerajaan yang korupsi. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengibarkan slogan:

وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ

Dan Allah tidak menyukai kerosakan.

[al-Baqarah: 205]