Nabi s.a.w. telah memberikan sebuah berita gembira buat umat Islam. Baginda berkata:

Apabila masuknya (bulan) Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu neraka. Dan syaitan-syaitan pulan dirantai.

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

Ramadhan

Jalan kebaikan terbentang luas, dan jalan keburukan menjadi sangat sempit. Apabila para penjenayah yang digelar (Syaitan Bumi) ditangkap dan mereka dipenjarakan, maka suatu kawasan yang digangu itu akan kembali tenang dan aman. Demikian juga apabila (Syaitan Jin) yang telah dirantai akan memberi rahmat kepada seluruh umat Islam. Ibadah mudah dilaksanakan tanpa gangguan syaitan.  Oleh itu, siapa yang mahu melakukankan kebaikan, terserah padanya, dan siapa yang mahu meninggalkan anugerah bulan ini juga terserah padanya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan Ramadhan kali ini penuh rahmat dan nikmat.

Peristiwa Hari Ini

8 Ramadhan: Pakar hadith, Ibnu Majah r.h telah dikebumikan. Beliau merupakan ahli hadith, fekah dan tafsir yang hebat sekali.

Kewajipan Hari ini:

Menghafal dua atau lebih hadis-hadis tentang kelebihan bulan Ramadhan.