PADA mulanya, ia dikenali sebagai Saint Valentine`s Day, namun akhirnya disingkatkan kepada Valentine`s Day sahaja. Di Sweden, ia dinamakan: Alla hjärtans dag ("Hari Semua Jantung (Hati)"), di Findland pula dinamakan: Ystävänpäivä (Hari Persahabatan), begitu juga ditempat-tempat lain yang diberikan nama berbeza, namun maksudnya sama: Menghargai kekasih.

Valentines-Day-Wallpaper-08

Di Malaysia, umum mengenalinya sebagai “Hari Kekasih”. Dan diraikan oleh kebanyakan peringkat masyarakat, dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Valentine`s Day merupakan satu peringatan tahunan yang diadakan pada 14 Februari setiap tahun, bagi meraikan cinta. Hari ini mula dikenali setelah kematian beberapa pahlawan kristien yang bernama Saint Valentine, dan mula ditetapkan oleh Pope Gelasius pada tahun 496. Kemudian ia dibatalkan dari Kalender Umum Roman bagi Saint pada tahun 1969 oleh Pope Paul VI. Secara tradisinya, ia adalah hari pasangan kekasih meluahkan cintanya antara satu sama lain dengan cara menghadiahkan bunga, gula-gula atau coklat, dan menghantar kad ucapan yang dikenali sebagai (Valentines).

Pada zaman moden ini, Valentine`s Day diraikan dengan ditambah hadiah berbentuk jantung (love), ukiran merpati, dan budak lelaki bersayap (Cupid). Sejak abad ke-19, tulisan tangan Valentines telah tersebar dengan pesat diseluruh dunia.

Amat membimbangkan kini, perayaan Vaelentine`s Day bertambah tercemar di negara umat Islam apabila ia menjadi suatu adat dan merosakkan kebanyakkan pemuda-pemudi umat Islam. Pergaulan bebas yang akhirnya berakhir dikatil-katil cukup merisaukan.

Rasulullah berkata:

Kamu akan mengikuti jalan-jalan (tingkah laku) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pasir sekalipun, kamu akan memasukinya. Lantas kami (para sahabat) bertanya: Adakah (mereka itu) orang Yahudi dan Kristien? Baginda menjawab: Siapa lagi (kalau bukan mereka)?

[Direkodkan oleh al-Bukhari]