Halaqah Maya merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahlinya melalui medium moden seperti SKYPE dan FACEBOOK.

Ia ditubuhkan berasaskan perkara berikut:

(1)  Membina hubungan silaturrahim antara sesama Islam

(2)  Membina modal insan dan modal dakwah

(3)  Perkongsian ilmu, cita-cita dan masalah secara “live”

(4)  Saling menerima dan memberikan nasihat

(5)  Medium menyatukan kefahaman umat Islam

Dengan itu, pihak Amanah Pengurusan (AM) menetapkan beberapa etika untuk diikuti oleh setiap ahli:

(1)  Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah disepanjang sesi perkongsian

(2)  Sentiasa menjaga hubungan baik dengan sesama ahli sepanjang sesi perbincangan

(3)  Fokus terhadap perkara yang dibincangkan dan bahan yang disediakan

MAHU MENYERTAI KAMI?

Halaqah Maya (HM) terbuka kepada siapa sahaja yang mahu kembali kepada Islam dan yang mahu berkongsi ilmu yang dipunyai. Jika berminat, anda bolehlah melakukan perkara berikut:

1.       Sign Up akaun Skype di link berikut: Skype

2.       Download software skype untuk laptop/PC anda

3.       Aktifkan akaun anda

4.       Klik “Contact” dan “Add Contact”

5.       Masukkan username berikut: she_hub

6.       Hantar masej berikut: “Saya mahu menyertai HM”

7.       Siap

Pengumuman

HALAQAH MAYA

Sahabat-sahabat Halaqah Maya yang dirahmati Allah Taala,

Mungkin anda tidak lupa, cumanya saya ingin mengingatkan beberapa perkara, seperti berikut:

1)     Tarikh dan Masa perlu online Skype:

a.       Hari Jumaat

b.       8.30 malam waktu Malaysia, (2.30 petang waktu Mesir)

2)     Download buku “Hatta Ya` lama as-Syabab” atau terjemahannya, atau kedua-duanya sekali di link berikut:

a.       Download Buku : Mediafire (klik)

atau :

حتى يعلم الشباب

b.       Download Terjemahan: Mediafir (Klik)

atau:

Risalah HM bil 1