109-AlKafirun(001-AlNas006)

Maksudnya:

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

[Al-Ikhlaas: 1-4]

Fokus Penerangan:

1- Kelebihan surah al-Ikhlaas

2- Hakikat tauhid dan keperluannya

Kelebihan Surah al-Ikhlaas

Surah yang pendek ini mencakupi 1/3 al-Quran sepertimana terdapat dalam riwayat (hadist) yang shahih.. ia bukanlah suatu keanehan.

Rasulullah saw pernah berkata kepada para sahabat:

“Adakah kalian tidak sanggup membaca 1/3 al-Quran dalam satu malam?” lalu para sahabat bertanya: Bagaimana dapat membaca al-Quran sebanyak 1/3 al-Quran (dalam satu malam)?” lantas Rasulullah berkata: “Qulhu wallahu Ahaad” menyamai 1/3 al-Quran”

[Direkod oleh Muslim]

Walaupun surah ini mempunyai empat ayat pendek, tetapi fokusnya hanya satu.. iaitu “Allah Maha Esa”

Tafsir Mudah:

  • - Katakanlah – wahai rasul-Dialah Allah yang hanya diperuntukkan padaNya tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asmaa was-Shifaat. Tiada suatupun yang setara dengan-Nya.
  • - Allah yang sempurna dengan sifat-sifat yang mulia, terhormat, dan agung. Dia diperlukan oleh makhluk yang diciptaNya untuk menunaikan permintaan dan keperluan mereka.
  • - Dia tidak ada anak, bapa, ataupun sahabat.
  • - Tidak ada suatu apa pun yang menyerupai-Nya, atau memiripiNya. Sama ada kemiripan itu dari segi nama, sifat, perbuatan, keuntungan, ketinggian, dan kemuliaan.
  •  

Surah al-ikhlaas menerangkan bahawa sistem kehidupan kita adalah meng-esa-kan Allah dalam apa jua keadaan. Sama ada dalam percakapan, kehendak, tulisan, pandangan, dan sebagainya.

Allah-lah yang mengatur keseluruhan hidup kita. Sama ada senang dan susah, suka dan duka, kebahagiaan dan penderitaan.

Kita dituntut oleh Allah (selaku pencipta) untuk memohon kepadaNya dalam segenap urusan supaya merealisasikan makna kalimah tauhid.

world-globe

Pembahagian Tauhid.

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian:

[1] Tauhid ar-Rububiyyah

[2] Tauhid al-Uluhiyyah

[3] Tauhid al-Asmaa` was Shifaat

Tauhid ar-Rububiyyah adalah: Menyatakan bahawa hanya Allah Taala sahajalah yang berkuasa mencipta, memberi rezeki, menghidupkan, mematikan, dan berkuasa pada semua bentuk pengurusan dan pentadbiran kerajaan langit dan bumi. Begitu juga, menyatakan bahawa hanya Allah sahajalah yang berkuasa menghukum dan membuat perlembagaan dengan menghantar para utusan (rasul) serta menurunkan al-Kutub (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran-pent).

Firman Allah Taala:

Maksudnya:

Ingatlah, Kapada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbir sekelian alam.

[Al-A`raaf: 54]

Tauhid al-Uluhiyyah adalah: Mengesakan Allah dalam ibadah tanpa beribadah kepada selain dari-Nya. Tidak meminta melainkan Allah, dan tidak meminta pertolongan atau pertolongan melainkan hanya kepada Allah. Tidak bernazar, menyembelih, dan menjalankan korban melainkan hanya kerana Allah. Firman Allah Taala:

Maksudnya:

Katakanlah sesungguhnya solatku, cara hidupku, kehidupanku, dan matiku adalah kerana Tuhan Semesta Alam.Tiada syirik bagi-Nya. Dan dengan itulah aku diperintahkan. Dan aku tergolong dalam kalangan yang berserah diri.

[Al-An`aam: 162-163]

Tauhid al-Asmaa` was Shifaat pula adalah: Menyifatkan Allah Taala serta menamakanNya dengan sifat dan nama yang diiktiraf oleh diriNya sendiri , juga yang disifatkan dan dinamakan oleh UtusanNya (Rasul) saw di dalam hadith yang shahih. Tauhid ini juga , menyabitkan semua sifat dan nama tersebut tanpa menyerupakannya dengan sesuatu apapun ataupun tidak menta`wilkannya (mentafsirkan).

Firman Allah:

Maksudnya:

Allah itu tidak menyerupai sesuatu apa pun. Dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.

[Asy-Syuuraa: 11]

________________________________________________________

Rujukan:

[1] Ustaz Ali Laban, Min Mabaadi` al-Islaam, Darul Tauzi` wan Nasyr, Kaherah, Mesir. 2003.

[2] Tafsiir al-Muyassar, Darul al-`Alamiah lil Tajliid, Kaherah,Mesir. 2009.

[3] Fatawa Kibaar `Ulamaa` al-Ummah, Maktabah al-Islamya, Kaherah, Mesir. 2004.