al-Qaradawi2

Saudara al-Fadhil Imam al-Akbar as-Syeikh Ahmad Thayyib

Syeikh al-Azhar

Asalamualaikum Wa Rahmatullah wa barakaatuh.

Saya mengharapkan anda berada dalam kebaikan dan sihat, sama ada pada urusan agama mahupun dunia.

                Saya menulis kepada anda – dengan nama saya dan nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia – sebagai tanda kesenangan hati kami terhadap penjelasan anda yang telah dipaparkan semalam, tentang “Musim Bunga Tanah Arab”. Kenyataan anda yang mengandungi sokongan kepada rakyat tanah Arab terhadap tuntutan yang dibolehkan dalam merealisasikan kebebasan, memuliakan hak-hak kemanusiaan, keadilan umum buat setiap individu dalam masyarakat, dan anda juga menegaskan bahawa apa-apa jua bentuk penentangan terhadap bangkangan aman dengan cara kekuasaan atau kekejaman adalah merosakkan permuafakatan pemerintahan antara rakyat dan pemerintahnya… sehingga akhir apa yang telah anda umumkan dalam dokuman mulia tersebut.

Fadhilah Imam al-Akbar: Inilah prinsip yang sangat ditunggu-tunggu dari al-Azhar as-Syarif, Institusi senior yang membawa panji-panji Islam selama lebih seribu tahun. Inilah juga prinsip yang sangat ditunggu-tunggu dari Imam al-Akbar, saudaraku Prof. Dr. Ahmad Thayyib. Kami mengharapkan al-Azhar mengejar kembali kedudukannya seperti yang dahulu, dibawah pemerintahan Dr Ahmad Thayyib, yang semakin hari semakin teguh prinsipnya, insyaallah.

Kesyukuran kepada Allah buat anda, dan semoga Allah memberikan balasan (pahala) terhadap kerja-kerja anda dalam agama Allah serta umatNya.

Wasalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

 

Akhukum,

Yusuf al-Qaradhawi,

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS).

________________________________________

Diterjemah oleh : Syihabudin Ahmad MY

Sumber asal: alqaradawi.net (klik)

Rujuk kenyataan Dr. Ahmad Thayyib : (klik)

Rujuk surat dibawah:

 Surat qaradhawi to ahmad thayyib