Header Ads

test

Cover Buku “Apa Erti Cinta?”

12 strategi elak bisnes gagal_final

Cinta adalah naluri rahsia manusia yang tidak boleh dicuri ataupun dihukum. Perasaan itu lahir atas kecenderungan tertentu yang terdapat dalam diri manusia. Ia sesuatu yang indah dan mendamaikan. Malangnya, realiti kini menyaksikan betapa parahnya kefahaman umat Islam terhadap nilai cinta dalam kehidupan mereka. Lantaran itu, buku ini digarap bagi menjelaskan persoalan cinta dan kandungan-kandungan penting yang perlu ada pada sesebuah cinta sebenar.

Menariknya, buku ini digarap atas landasan al-Quran dan As-Sunah berdasarkan kefahaman para cendekiawan Islam yang unggul. Selingan hukum fikah yang popular sekitar permasalahan cinta juga dipaparkan.

Bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam menilai fakta, buku ini menampilkan keterangan sumber dan komen-komen darjat sesuatu hadis Rasulullah SAW. Walaupun begitu, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim dan Malik tidak dikomen kerana mengambil pendapat ketiga-tiganya adalah sahih. Manakala hadis-hadis daripada riwayat yang lain pula akan dikomen.

Semoga penulisan ini memberi manfaat sepenuhnya buat umat Islam dan menjadi hujah yang membantu penulis serta keluarga di akhirat kelak.

 

Syihabudin Ahmad MY,

Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir.

5 comments:

  1. salam..
    wahh..bukunya nampak menarik. Beharap dapat memilikinya nanti..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.. boleh dapatkan di kedai2 buku nanti ya :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous12/31/2011

    assalamualaikum nak tanya buku ni sudah berada dipasaran ke???

    ReplyDelete
  4. Anonymous2/01/2012

    Assalamualaikum...saya sudah membaca buku "apa erti cinta". Saya suka akan pengisiannya. Saya dalam sehari sudah habis membaca buku ini. Rasa tidak puas seperti nak tahu yang lebih lanjut lagi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... terima kasih atas komentar tersebut, insyaallah ana akan berusaha menyiapkan karya2 seterusnya bagi bersama2 membantu kebangkitan agama ini :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.