Alhamdulillah.. Halaqah Maya masih lagi diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk terus menyebarkan sayap dakwah dan tarbiah melalui medium moden – internet.

Insyaallah, Program Mingguan kita (Halaqah Mingguan) akan dijalankan seperti maklumat berikut:

Tajuk : Rasulullah Teladan Terbaik Sifat Tawadhuk

Tarikh & Hari : 02 Disember 2011 (Jumaat)

Masa : 9 Malam (waktu Malaysia)

Tempat: TV Halaqah Maya

header panjang

DOWNLOAD BAHAN RUJUKAN

Risalah 7

Atau Download disini : 4Share

 AJAK RAMAI-RAMAI

Kita selaku hamba dimuka bumi ini sering melakukan kesalahan, bahkan.. jarang-jarang pula melakukan kebaikan bagi menampung kesalahan tersebut.. oleh itu, kita perlu bijak beribadah!!!

Satu tips mudah!

Anda ajak rakan-rakan facebook untuk menghadiri pebincangan ini!! Bila mereka dapat pahala, anda pon dapat.. secara tidak langsung anda akan mendapat pahala berganda-ganda tanpa kurang sedikit pon!!!

Rasulullah saw pernah berkata:

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

[Direkod oleh Muslim]