295855_293727350645729_195314707153661_1174479_1400656435_n

Dalam operasi lawatan Musthafa Abdul Jalil ke Negara Qatar baru-baru ini, beliau telah menerima hadiah dari Negara Qatar. Ketika beliau pulang ke Banghazi, beliau memanggil Majlis Kerajaan Sementara, lalu mebuka hadiah tersebut di hadapan mereka. Hadiah tersebut mengandungi pingat-pingat dan hadiah-hadiah lain, antara pingat-pingat tersebut, ada yang berharga 100 ribu Dolar. Ahli majlis pun berkata kepadanya : “Ini adalah untuk kamu wahai Sayyid Abdul Jalil.” Lantas dia berkata: “(Tidak) bahkan ini adalah untuk Libya, kerana orang-orang Qatar tidak datang kepadaku sebelum aku menjadi pemimpin Libya”. Dia meletakkan hadiah tersebut sebagai milik kerajaan.

Abdul Jalil menerima dua jenis kereta Ford, salah satunya untuk kegunaan perjalanannya sendiri, dan satu lagi untuk kegunaan rasmi. Kereta yang sangat hebat berjenama Marcedes juga pernah diberikan kepada dia dari sebuah Negara yang tidak dikenali, namun kesemua kereta tersebut disimpan atas nama Majlis Kerajaan Sementara.

Dalam perjalanannya ke Turki, dia menerima sebuah hadiah yang bernilai 10,000 Dolar tunai, selepas beliau balik, dia mengembalikan wang tersebut lantas berkata : “ Tambahkanlah ia di atas nama Majlis (sementara) kerana Kerajaan Turki telah menanggung segala kos perjalanan”.

Ketua Republik Perancis (Nicolas) Sarkozy bercakap tentang Abdul Jalil : “ inilah pertama kali pemimpin sebuah Negara meminta kebenaran dariku, untuk berhenti berehat ketika persidangan, bagi menunaikan solat”

__________________________

Diterjemah oleh : Syihabudin Ahmad My

Rujuk kenyataan asal:

مصر التي في خاطري - إسلامية