Header Ads

Book an appointment with SetMore

Prioriti Kehidupan

Prioriti Kehidupan

Bismillah.. sejak akhir-akhir ini pebagai masalah timbul, pelbagai cabaran menjengah, pelbagai peluang juga terbuka.. sehingga kadangkala saya tidak pasti yang mana satukah mahu di dahulukan?  Yyang mana satukah perlu dilambatkan? Dan yang mana satukah perlu di abaikan?

Setelah berfikir sepanjang hari, saya telah menetapkan satu pendirian, buat masa ini :

Saya akan mendahulukan tiga perkara berikut mengikut turutannya.

1)      Ilmu

61Ya. Pasti ia sangat penting, tanpa ilmu siapa kita. Bahkan, cita-cita saya melambung tinggi dalam bidang ilmiah. Tanpa ilmu, manusia akan ketinggalan. Ilmu mencorakkan kehidupan Islami yang cemerlang. Bahkan, ia adalah modal jangka masa pendek dan panjang.

Seorang ulama` salaf, Fudhail bin `Iyadh pernah berkata :

"Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam."

[Direkod oleh al-Baihaqi]

2)      Tarbiah dan Dakwah.

Walaupun, ia merangkumi perkara pertama, namun saya terpaksa pisahkan ia memandangkan pelbagai peluang-peluang dakwah yang cerah dan terbentang luas sekarang. Bahkan ia banyak dan berpotensi. Sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik, maka akan merosakkan peluang menjadi kegagalan yang sungguh disesali.

Allah Taala berfirman :

Maksudnya:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

[Al-Fussilat: 33-Tafsir Pimpinan ar-Rahman]

3)      Perkahwinan

Rasulullah saw pernah berkata kepada para sahabat:

“Wahai para pemuda sekalian! Barangsiapa diantara kalian yang mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah. Dan bagi orang yang tidak berkemampuan, maka berpuasalah, sesungguhnya (berpuasa itu) dapat mengurangkan keinginan syahwat”

[Direkod oleh Muslim]

Saya adalah seorang lelaki yang pastinya mahu berkahwin. Saya juga sentiasa menginginkan perkahwinan itu datang cepat dan mudah. Bahkan, menurut kemudahan yang diberikan Islam, saya mampu untuk berkahwin. Islam bukanlah agama yang memberatkan perkahwinan dan meringankan penzinaan.

Teringat pula tekad saya masa mula-mula datang ke Mesir :
”Aku akan kawin masa tahun 3!”

Hahahaha.. sekarang sudah tahun 3. Mulanya, menjangkakan ujian yang banyak akan dilalui, tetapi ujian-ujian tersebut dimudahkan Allah.. benarlah, Allah mampu melakukan apa sahaja.

Namun, Perkahwinan bukanlah priority utama dalam menilai keseluruhan kehidupan..

motivational-172a

Inilah pendirian saya setakat ini, berdasarkan 3 permasalahan yang sangat-sangat menggangu fikiran. Saya mengharapkan, semoga Allah sentiasa mendorong saya dan kalian untuk terus menerus berada dalam lindungan dan redha-Nya.

Amin Ya Rabb..

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

[Al-Baqarah: 216]

2 comments:

  1. Menarik.. Membuatkan saya turut terfikir mengenai susunan prioriti saya.
    Pertama : Penuhi hak Allah tanpa berkira-kira
    Kedua : Jalankan tanggungjawab pada manusia
    Ketiga : Penuhi hajat ibu, walaupun terpaksa mengorbankan banyak kepentingan

    Rabbi Yassir Wala Tu'assir :)

    ReplyDelete
  2. Ya. prioriti akan memberi kita lebih bermatlamat dan kehidupan lebih tersusun :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.