“Usrah maya? Online? Oh! Tak Best!!”

Itulah ucapan sebilangan dari teman-teman yang pernah berada dalam dunia usrah realiti, namun tidak pernah berada di dunia maya.. Bila ditanya: Mengapa pulak tak best?

Jawap mereka: Usrah di Internet tak ada touching! rasa tak ada! tak dapat bersemuka antara satu sama lain..

Ditanya pula kepada mereka: Anda sudah pernah ikut Usrah online?

Jawap mereka: Belum.

Walau sekali?

________________________________

JOM USRAH

Itulah persoalannya,…. mengapa kita sering menjauhkan diri dari wasilah tarbiah dan dakwah sedangkan kita belum tahu keberkesanannya?

Usrah bukan tempat untuk bermain suka-suka sepanjang masa.. Tetapi usrah adalah tempat pembinaan para rijal-rijal dakwah dalam memperjuangkan Islam.

Kadangkala, Usrah dilihat sedikit Ilmiah, mengapa? kerana dakwah tidak boleh dibawa tanpa ilmu…

Halaqah Maya membina jaringan usrah di internet bukanlah sekadar : “Biar ada dari tak der” tetapi, kami mempunyai matlamat yang lebih besar dari itu..

Cuba lihat pengenalan tentang kami :

Halaqah Maya merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada 28 September 2011 untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahlinya melalui medium moden seperti SKYPE, FACEBOOK, LIVESTREAM, serta laman sosial moden yang lain. Ia juga ditubuhkan dengan matlamat mengumpul serta menjana modal-modal dakwah bagi kebangkitan umat Islam di era ini.

Ya! kami berhajat menjana pemodal-pemodal dakwah yang berkualiti untuk bersedia atas kebangkitan umat Islam yang pastinya sedang melonjak di era ini..

UBAH MENTALITY

Mentality orang melayu sering mengatakan bahawa : Apa yang biasa itulah yang baik, dan yang tak biasa itu belum tentu akan mendatangkan kejayaan.

Mengapa berfikiran demikian?

Dikala pemerintahan kejam Mesir berjaya ditumbangkan dengan sebaran maklumat melalui Facebook dan Twitter, Umat Islam Amarika berperang habis-habisan dengan laman Youtube… mengapa kita terus memberi alasan??

Mengapa dibiarkan anak-anak muda kita berjam-jam berada dihadapan komputer tanpa sedikitpun pengisian rohani? Siapa yang mahu mengajak pemuda zaman moden ini jika kita tidak menggunakan wasilah dakwah yang mudah ini? Mengapa dipersiakan peluang didepan mata?

Dimana semangat untuk terus berjuang dengan apa cara sekalipun untuk meninggikan Agama Allah??

Adakah darah perjuangan orang melayu cepat pudar, gelap, dan tidak bermaya?

Ubah! Ubah! Ubah!

Perjuangan menegakkan Agama Allah dimuka bumi ini tidak boleh berjaya dengan banyaknya alasan.. tetapi, perjuangan yang berterusan itulah tanda kekuatan sejati.

Ayuh! Terus berjuang!

Firman Allah:

Maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Inilah jalanku , aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru manusia umumnya  kepada agama Allah dengan keterangan yang jelas nyata.”

[Yusuf: 108]

AYUH BERGABUNG

Jangan lengahkan lagi masa anda untuk bergabung dengan kami di halaqah maya..

Hubungi kami segera, Daftar segera dengan Halaqah Maya.. terlalu banyak program menanti anda di dunia maya..

HalaqahMaya.Com

HDA

Justeru itu, Marilah kita memohon kepada Allah Taala, semoga kita dikurniakan keikhlasan dalam kata-kata dan amalan kita.. Semoga amalan kita yang sedikit ini akan menjadi timbangan kebaikan bagi diri kita sendiri, ibubapa kita, dan guru-guru kita. Juga, semoga Allah mengampunkan kita dari kesemua dosa kesalahan yang pernah kita lakukan selama ini..

Wallahu `Alam.