Lihat, Apa yang dilakukan Presiden Muhammad Mursi pada hari ketiga ditabal sebagai Presiden Mesir – Beliau masih belum mengangkat sumpah lagi. 295383_381470401908883_12961254_n

ǁ Berita Presiden ǁ
Kegiatan Presiden Muhammad Mursi , Selasa - 26 Julai 2012


1) Presiden bertemu waris para syuhada` dan orang yang terkena bencana akibat revolusi 25 Januari.

Ulasan : Beliau bertemu dengan ‘Tujuan perjuangan’ dahulu, sebelum bertemu orang lain.


2) Presiden bertemu tetamu dari penjawat kehakiman Mesir, yang diketuai oleh Hussan Al-Gharyani, ketua majlis Hakim Tertinggi, Farouk Sultan, Ketua Mahkamah Perlembagaan Tinggi, Abdul Majid Mahmud, dan beberapa penjawat kehakiman yang lain.

Ulasan : Bertemu dengan pihak kehakiman bagi memastikan pihak kehakiman patuh pada keadilan dibawah pemerintahannya.


3)Presiden bertemu Imam Al-Akbar Al-Azhar, Mufti, dan beberapa ulama Al-Azhar yang lain.

Ulasan : Bertemu institusi pendidikan terpenting negara. Aset yang sangat berharga.


4) Presiden bertemu bishop Bakhumius dan pemimpin-pemimpin gereja.

Ulasan : Jadi presiden untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira ideologi pemikiran.


5) Presiden bertemu Menteri Dalam Negeri bagi kerajaan sementara, dan beberapa orang pemimpin Kementerian Dalam Negeri.

Ulasan : Ini sangat penting bagi menunaikan manifesto 100 Hari Awal Presiden.

Wallahu `Alam.

Terus doakan presiden kita ini.