Pada hari Rabu, Presiden telah memulakan program manifesto pilihanraya dengan membuka fail lalu lintas. Dengan cara, mengumpulkan kumpulan yang terdiri dari pakar-pakar dan ‘specialist2’ dalam perkara tersebut.

Jurucakap sementara presiden, Dr. Yasir Ali menjelaskan : Pengumpulan ini adalah bagi membincangkan masalah-masalah republik yang kronik, yang dialami oleh Mesir pada waktu ini, ianya adalah manifesto presiden dalam pilihanraya, yang merangkumi lalu lintas, roti, krisis kemampuan, keamanan, dan kebersihan.

Beliau juga menjelaskan bahawa lalu lintas merupakan permasalah utama yang memberi kesan kepada system kerja,aktiviti ekonomi, kerehatan rakyat, dan pencemaran persekitaran. Tambahan pula, ia menyumbang kepada kerugian kemampuan dan waktu pekerja (sekiranya tidak diuruskan dengan elok).

Beliau menambah, sekumpulan pakar akan bertugas mengumpulkan maklumat dalam tempoh 3 bulan, manakala satu kumpulan lagi bertugas menyelesaikan masalah. Menariknya, kumpulan JICA (Japan International Cooperation Agency) telah hadir dalam pertemuan tersebut, mereka ini mempunyai pengalaman yang sangat lama dalam bidang tersebut.

Nota : Gambar menunjukkan manifesto Pilihanraya (Perkara lalu Lintas) Dr. Muhammad Mursi

manifesto 2