muhammad badi

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله الأمين، وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد.

Ucapan Pertama

Sesungguhnya ucapan pertama yang disebutkan oleh Ketua Wanita Seluruh Alam, Khadijah (r.a) kepada Rasulullah (saw) adalah :

“Bahkan bergembiralah, Allah itu tidak akan menyia-nyiakan kamu selama-lamanya”

(Riwayat Al-Bukhari).

Ianya juga adalah ucapan yang sama diucapkan oleh Ibu Seluruh Penduduk Mesir, Hajar ketika beliau bertanya suaminya, Bapa Para Nabi, Ibrahim a.s.

“Adakah Allah yang menyuruh engkau melakukan (penyembelihan ke atas Ismail) ini?”

setelah beliau menerima pengesahan itu dengan ucapan (Ibrahim as) : “Ya”, lantas dia menjawabnya dengan penuh percaya, tawakal dan sangat yakin kepada Allah Taala :

“Kalau begitu, Dia tidak akan menyiakan kita”

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Revolusi Yang Ajaib

Sesungguhnya, revolusi yang berlaku di Mesir (mendapat keputusan) yang sangat berbeza dari jangkauan penganalisis, ahli politik, dan pakar-pakar dalam bidang ini. (Revolusi Mesir) berjaya hanya dengan sedikit bilangan pertumpahan darah, pengorbanan dan luka-luka. Sehinggakan, para cendekiawan telah bersepakat menamakannya sebagai “Keajaiban”- kerana ia adalah kehendak rakyat.

Pastinya malam telah berlalu, dan muncullah cahaya pagi.

Sesungguhnya, rakyat Mesir lebih benar dari (jangkauan) berita-berita para penganalisis,saluran satelit dan laporan-laporan tersembunyi. Bahkan, rakyat Mesir mampu mengumumkan kemampuannya ditengah-tengah ramalan, jangkauan, serta spekulasi dengan penuh keazaman yang tidak ragu-ragu, dengan kekuatan perhimpunan yang sentiasa bertambah, yang menzahirkan undang-undang rakyat juga  revolusi.

Menuju Kestabilan, Keselamatan dan Kemakmuran.

Berhadapan desakan yang sangat kuat, rakyat Mesir mencipta revolusinya sendiri. Revolusi yang merubah sistem yang musnah, lalu mereka memilih Presiden dari kalangan mereka, yang memimpin  Republik kedua, supaya Presiden itu untuk semua rakyat Mesir, dan terbit darinya (Insyaallah) kesatuan negara dan  pembarisan rakyat. Dan diambil darinya janji keamanan, kestabilan, kebangkitan dan kemajuan.

Walaupun pelbagai cubaan untuk memberi kesan (buruk) kepada haluan rakyat Mesir, namun ia hanya membawa kepada memperbanyakkan pertahanan revolusi, dan menolak sistem yang musnah. Kehendak Allah telah mendahului rakyat ini, yang mereka itu sangat bersikap jujur, ikhlas, dan tiada kepentingan. Mereka menunjukkan pengorbanan-pengorbanan, syuhada, dan orang yang ditimpa kesusahan kepadaTuhan mereka . Lalu, pastinya ditulis nama Mesir dengan huruf-huruf cahaya, dan dikembalikan kedudukannya yang asal, ditengah-tengah rakyat dan negara-negara dunia.

Masyarakat Pemula Kebangkitan

Dalam peringkat dunia Islam kita ini pula, telah diumumkan pelancaran kebangkitan masyarakat. Kelahiran perubah telah mula kuat sistemnya dari peringkat atasan. Dan kelahiran yang baru telah dimuliakan dengan cahaya-cahaya impian seluruh alam. Dengan kehendak rakyat yang bebas, yang semakin kuat setiap hari, sesungguhnya tanaman kehendak ini akan menghasilkan buah yang banyak dan terus banyak. Dari pengembalian kemuliaan dan kebebebasan, serta perolehan kembali hak-hak yang dihilangkan oleh sistem yang musnah. Ia adalah perkara yang dilaungkan oleh rakyat seluruh dunia. Statistik dari Amarika menunjukkan : 70% rakyat Amarika melihat positif tentang hal rakyat Mesir khasnya, dan 56% kepada rakyat Arab secara amnya.

Tibanya Waktu Memungut Hasil

Rakyat menyahut seruan kebenaran, lalu mereka mendapat hasil kemenangan yang nyata. Rakyat yang sangat yakin dengan kemenangan dari Tuhannya, maka jadilah hasil itu penuh dengan kemuliaan dan kebanggaan. Rakyat yang membantu arah keadilan, maka jadilah hasil itu dengan kebebasan dalam tangan mereka. Rakyat yang mampu melakukan perkara demikian tidak akan disiakan oleh Allah selama-lamanya. Dan inilah dia hakikat yang jelas yang tidak dapat dilihat oleh orang licik, ditundukkan padanya orang lalai, dan bangunlah darinya orang-orang yang berakal, bagi bersama-sama menyatukan barisan Mesir yang sangat dicintai, yang merindui bantuan dari penduduknya.

Di Ambang Kebangkitan Mesir

Rakyat yang selamanya tidak akan disiakan oleh Allah adalah yang akan menuju ke gerbang kebangkitan yang sebenar, memerlukan perjalanan yang pantas, kerja yang berterusan, melawan rintangan, dan menyeberang celahan-celahan. Sehingga berubahnya mimpi menjadi raliti. Yang jauh dari slogan-slogan, atau permasalahan yang tidak dapat merealisasikan impian. Maka kejayaan itu bermula, dan kemenangan itu bukanlah pengakhirannya. Dan kita akan berada dihari kemenangan dengan sangat dekat. Dan akan tinggallah fajar yang sentiasa menjadi baru dalam kebangkitan benang-benangnya.

Syed Qutb berkata :

“Dunia Islam tidak akan tidur setelah kebangkitannya, dan tidak akan mati dunia Islam ini setelah kebangkitannya, kalau ia ditakdirkan mati, maka ia akan mati. Namun, tidak akan mati Aqidatul Hayyah (Pegangan hidup- Islam) yang memimpin pertempuran, kerana ia dari roh Allah, dan Allah itu, hidup dan tidak akan mati.”

Selawat keatas pemimpin Muhammad saw. Allahu Akbar, walillahil hamd.

Hidup Mesir, hidup rakyatnya.

Kaherah : 8 Syakban bersamaan 28 Jun 2012.

_____________________

Diterjemahkan oleh : Syihabudin Ahmad

Sumber asal : http://www.facebook.com/FJParty.Official