Hari ini, 18 September 2012. Tarikh keramat setelah 23 tahun saya dilahirkan di rumah penuh bahagia, Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis, Perlis.
Hari ini, 18 September 2012. Tarikh keramat pemergian guru tercinta, Ustaz Dahlan Mohd Zain, Murabbi, Ayah, dan juga penasihat yang sangat dihormati.
Hari ini, saya melihat umur 23 ini, dengan kualiti yang telah dihasilkan? Adakah ia berkualiti?
Moga Allah kurniakan saya umur yang berkualiti.
Cherry_Flowers_Wallpaper_1920x1080_wallpaperhere
“Biar umurku telah habis, aku mahu terus hidup”
(Falsafah 23 Tahun)
_______________
Sepertimana kita tidak dapat menilai kualiti manusia dengan hanya melihat lamanya hidup seseorang itu, atau berapa lama hayatnya, begitu juga kita tidak dapat menilai kualiti pekerjaan dengan hanya melihat kuantiti dan besarnya pekerjaan itu.
Ada orang yang berumur panjang, tetapi umurnya tidak membawa barakah. Dan ada pula orang yang berumur pendek tetapi ia sarat dengan kebaikan dan kebajikan sepanjang hayatnya.
Ibn `Athiyah As-Sakandari menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal, Al-Hikam :
"رب عمر اتسعت آماده وقلت أمداده ورب عمر قليلة آماده كثيرة أمداده ، من بورك له في عمره أدرك في يسير الزمن من منن الله تعالى ما لا يدخل تحت دوائر العبارة ولا تلحقه الإشارة "
“Banyak sekali umur panjang yang diberikan kepada manusia, tetapi sumbangan yang diberikannya sangat sedikit. Dan banyak sekali umur pendek yang diberikan kepada manusia, tetapi sumbangan yang diberikannya sangat banyak. Barangsiapa yang umurnya diberi barakah oleh Allah, maka dalam masa yang pendek dia akan mendapatkan berbagai kurnia dari-Nya, yang sangat sulit untuk di ungkapkan.”
Lihatlah contoh-contoh kualiti manusia yang tidak menghiraukan kuantiti umurnya. Lihatlah Rasulullah saw setelah diutuskan sebagai seorang Nabi. Beliau hanya hidup selama 23 tahun setelah itu, tetapi baginda telah menjadi ikon yang yang berhasil membangunkan agama yang paling mulia, mendidik generasi yang paling unggul, mencipta umat yang terbaik, mendirikan negara yang paling adil, mengalahkan majoriti penentangnya, menukarkan status manusia kafir dan musyrik kepada status Islam yang tulin, mewariskan “as-Sunnah” yang menjadi rujukan kedua setelah Al-Quran, dan sebagainya dari perkara-perkara kebaikan.
Bagitu juga halnya yang berlaku pada sahabat ulung baginda, Abu Bakar As-Siddiq ra. Hanya dalam dua tahun setengah sahaja, dia berhasil mengalahkan nabi-nabi palsu yang muncul setelah Rasulullah saw, mengembalikan orang murtad kepada Islam,mengirimkan tentera untuk menakluk Parsi dan Rom, menjaga hak faqir miskin dengan memungut harta zakat dari golongan kaya, dan telah merakamkan sejarah kedaulatan Islam apabila pemerintahannya adalah yang pertama kali berperang untuk membela hak-hak faqir miskin.
Umur bin Al-Khattab ra pula, dalam masa sepuluh tahun berhasil melakukan pelbagai penaklukan wilayah-wilayah luar, dan berjaya memantapkan kaedah pemerintahan yang adil dan saksama. Beliau juga telah memberi keluasan dalam kefahaman Islam yang menyeluruh, meliputi sosial, kenegaraan, fiqh dan politik.
Umar bin Abd al-Aziz menjadi khalifah selama tiga puluh bulan. Melalui tangannya, Allah swt menghidupkan tradisi keadilan dan kecemerlangan, mematikan kezaliman dan kesesatan. Dia  menolak pelbagai  bentuk kezaliman dan memberikan hak-hak kepada orang yang berhak memperolehnya. Dia  telah  berhasil  mengembalikan kepercayaan  orang  kepada  Islam, sehingga semua orang merasa lega, tenang dan tidak merasa  ketakutan.  Dia  memberi  makan orang-orang  yang  lapar dan menyebarluaskan kemakmuran.
Imam Asy-Syafii, hidup selama lima puluh empat tahun (150-204H) . Imam Al-Ghazali, hidup selama lima puluh lima tahun (450-505H). Imam An-Nawawi hidup selama empat puluh lima tahun (631-679H).
Demikian juga Ibnu Al-`Arabi Al-Maliki (468-543H), Ibnu Jawzi (508-597H), Ibnu Qudamah (541-620H), Ibnu Taimiyah (661-728H), Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (691-751H), Ibnu Khaldun (732-808H), Ibnu Hajar Al-Asqolani (773-852H), As-Sayuthi (b49-911H), Asy-Syaukani (1173-1255H), dan lain-lain yang memenuhi dunia ini dengan ilmu dan keutamaannya.
Begitu juga, ulama-ulama haraki seluruh dunia seperti Muhammad Al-Ghazali (1917-1996M), Hassan Al-Banna (1906-1949M), Musthafa Masyhur (1921-2002M), dan Ustaz Dahlan Mohd Zain (1934-2010M)
Oleh  kerana  itu,  ada orang yang meninggal dunia sebelum dia mati. Umurnya telah habis padahal dia masih hidup. Disana, terdapat juga orang  yang  dianggap masih hidup setelah dia meninggal dunia. Kerana dia  meninggalkan  amal-amal  yang  soleh,  ilmu  yang bermanfaat,  keturunan  yang  baik,  murid-murid yang dianggap dapat memperpanjang umurnya.