Header Ads

test

Mengapa Mursi tidak Menyerang Israil?

Soalan :
"Mengapa Dr. Muhammad Mursi dan Mesir tidak menyerang Israel? Apa tindakan Dr. Mursi? Kenapa Mursi tidak menghantar tentera Mesir ke Israil?"

Jawapan :
Sebelum menjawab lanjut, saya ingin memaklumkan tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini:

(1) Beliau telah membuat panggilan talifon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang "Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA". Antara yang dihubunginya adalah :
- Presiden Amarika Barack Obama
- Presiden Perancis Francois Hollande
- Presiden Rusia
- Presiden Argentina
- Presiden Turki
- Presiden Sudan Omar Basyir
- Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma
- Perdana Menteri Britain
- Perdana Menteri Itali
- Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan
- Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz
- Pemimpin Kuwait  Syeikh Sabah Al-Ahmad
- dan lain-lain

(2) Beliau telah menghantar Perdana Menteri Mesir Dr. Hisyam Qindil bagi mewakili Mesir untuk menyatakan sokongan, dokongan, serta menyalurkan bantuan kecemasan.

(3) Beliau telah mengarahkan pintu Rafah dibuka seluas-luasnya bagi menerima pesakit atau orang yang tercedera dari Gaza masuk ke Mesir.

- Kembali kepada jawapan: Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang pemimpin yang bodoh. Beliau merupakan Presiden PERTAMA yang dilantik secara rasmi oleh rakyat, manakala presiden2 sebelum ini dilantik melalui penggulingan kuasa dan kekejaman.

Pandangan saya, beliau tidak menghantar secara drastik tentera ke israil tanpa sebarang persediaan. Jika beliau hantar, kemungkinan beliau akan dimusuhi oleh seluruh dunia. Justeru itulah beliau mewujudkan hubungan dunia dahulu melalui panggilan-panggilannya. Supaya dunia faham akan tindakannya sekarang, nanti, dan akan datang.

Hakikatnya, Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang yang gemar duduk di kerusi-kerusi empuk, melihat wayang-wayag taalivison, kemudian tertidur pula dalam persidangan. Beliau adalah pemimpin yang 'Take Action' atas isu dan masalah.

Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan??
Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita?

Allah Taala berkata :

(Maksudnya)
"Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."

[Al-Baqarah: 134]

120630130343zzNi

2 comments:

  1. Anonymous11/17/2012

    Salam..
    kerana telah menubuhkan blog ini. Sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu dan perkara yg selama ini kurang didedahkan oleh pihak lain.Harapan saya kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan boikot seperti negara lain.Jika negara bukan islam pn dapat berbuat demikian takkan kite takut untuk bertindak.Harap lepas ni Kerajaan kita tidak hanya bercakap lebih banyak dari tindakan.Harapan juga kita semua rakyat Malaysia dan dunia Amnye turut menbantu dalam apa jua bentuk.Kita JUGA AKAN MENBANTU jika penindasan berlaku terhadap bangsa dan agama lain kerana itu adalah ajaran ISLAM yang Teragung.

    Salam Perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11/23/2012

    Good job Mursi,keep it on.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.