Jangan kita ambil satu rujukan sahaja, kemudian kita jadikan hujah yang kita bertegang urat padanya.

Ketika rancangan 'As-Syariah wal Hayah', Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah dijemput menjadi pendiskusi dalam tajuk 'Permulaan Penciptaan dan Kajian Yang Berkembang'.

Osman Osman, pengacara rancangan tersebut telah menghubungi seorang penulis yang menulis tentang persetujuannya dengan Teori Darwin. Katanya, teori Darwin itu tidak salah, bahkan bertepatan dengan apa yang telah disebutkan oleh kitab-kitab lama dan ilmu geologi.

Dia mengambil hujah pada apa yang telah wujud dalam kitab tulisan Ibnu Khaldun, As-Suyuti dalam Tafsir Jalalain, Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, dan sebagainya. Mereka menyebutkan tentang revolusi itu.

Ketika penulis itu bercakap, Dr. Yusuf diam tanda tekun mendengar.

Selesai penulis itu berbicara, Dr. Yusuf menyebutkan tentang kelemahan dalam mengambil sumber rujukan.

Bicara dalam kitab yang penulis itu sebutkan perlulah dilihat kepada tahap pemikiran orang pada zaman itu. Mereka sudah tahu bahawa apa yang dituliskan oleh Ibnu Khaldun, As-Suyuti dan lain-lain itu adalah khurafat. Ulama itu sudah tahu bahawa ia juga khurafat, dan masyarakat jga sudah maklum. Namun kita ambil tanpa melihat situasi ini.

Sebahagian ulama lain tidak sebutpun sepertimana yang disebutkan ulama itu. Mereka menyebutkan tentang khurafatnya cerita-cerita itu.

Demikian juga, bukan beberapa orang ini sahaja yang menyebutkan tentang revolusi manusia ini. Bahkan ada ramai yang lain menyebutkannya dan menentangnya. Perkara ini juga berlaku pada zaman ini.

Sekalipun sudah maklum kepada kita tentang dunia ini berbentuk bulat, dan telah disebut oleh para ulama zaman lepas dan hari ini.. tetap ada golongan yang mengatakan dunia ini mendatar sahaja. Maka, berhujah dengan sandaran lemah adalah tidak diterima.

Demikianlah disiplin ilmu itu diambil. Mungkin anda membaca satu buku itu belum habis, kemudian anda telah merasa diri anda sebagai pakar. Maka, anda telah tersalah jalan. Segera TUKAR. Baca banyak lagi.