Apabila satu-satu negara beralih tampuk pemerintahan dari apa saja cara sekalipun, mereka akan menghadapi masyarakat yang masih belum bersedia. Di Mesir, kita melihat rakyatnya menjatuhkan pemerintahan Husni Mubarak dan mengangkat pemimpin baru dari kalangan parti yang sentiasa ditindas, Ikhwan Muslimin.

Dr. Muhammad Mursi bangkit membuat perubahan dari pelbagai segi. Namun, rakyat tidak mahu melihat perubahan dalaman, rakyat mahu melihat perubahan yang jelas nampak di mata dan segera. Itulah satu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun.

Di Kaherah, sering berlaku tunjuk perasaan dari pelbagai golongan dan kumpulan. Sebahagian besar dari mereka merupakan orang awam yang pernah menjadi pembela rejim Mubarak satu ketika dahulu. Mereka ini membuat kekacauan dan pelbagai provokasi samada di jalan raya mahupun di media cetak.

Apa masyarakat lihat? Rakyat lihat Mursi itu lemah kerana masalah air berlarutan, bekalan elektrik sentiasa terputus, jalan raya sering sesak sehingga berjam-jam. Rakyat tidak mahu melihat perubahan yang Mursi buat di luar negara. Rakyat tidak mahu melihat apa yang Mursi bantu Gaza ketika ia diserang. Rakyat tidak mahu melihat pembelaan Mursi terhadap golongan tiada kemampuan kewangan.

Demikianlah keadaan negara Malaysia selepas pilihanraya. Perubahan akan berlaku, tampuk pemerintahan akan berubah. Namun, adakah rakyat sudah bersedia? Adakah rakyat sudah matang? Bersediakah rakyat untuk diuji? Bersediakah pemerintah untuk difitnah dan dikomplain?

Rakyat mahukan pemerintah membela mereka, rakyat tidak mahu melihat pemerintah kuat mempertahankan partinya kerana rakyat itu mesti dibela oleh pemerintah. Rakyat mahu dibela. Pemerintah tidak boleh dilihat menyebelahi mana-mana pihak.

Justeru, saya melihat pemimpin negara akan datang mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap kehendak rakyat. Pemimpin perlu mendahulukan rakyat, bukan partinya sahaja. Lucutkan bendera parti apabila anda menjadi pemimpin tertinggi.

(Artikel ini ditulis ketika saya berada di dalam van sewa -tremco- yang dipandu oleh seorang awam penyokong kuat Husni Mubarak, 5 penumpang warga Syria, dan 2 orang warga Mesir dri aliran pemikiran anak muda.)

291815_563788466971569_1172775513_n