Perbuatan menilik nasib, teka jodoh dan serupa dengannya adalah Haram menurut Islam. Perbutan ini tidak boleh dilakukan dan hendaklah dihapuskan.


Pelakunya telah melakukan dosa besar sekiranya dia sengaja melakukannya dan percaya pula dengan keputusan tilikan itu. Dia lakukannya dalam keadaan dia tahu bahawa hukumnya haram.


Allah Taala telah melarang perbuatan ini dalam Surah Al-Maidah, 90


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan menilik nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (memiliki Syurga)."