Soalan : Sebelum ini Ustaz kata pegang anjing tidak haram, cuma wajib basuh anggota badan yang menyentuh anjing itu dengan 6 air bersih dan 1 air tanah. Jadi, bolehkah saya pelihara anjing?

 

▶ Jawapan : Secara umumnya, hukum memelihara anjing untuk tujuan peliharaan (Pet) adalah haram. Anjing cuma boleh dipelihara untuk tujuan berikut,

 

1- Anjing buruan untuk menangkap burung, rusa, atau sebagainya. Juga termasuk anjing buruan untuk siasatan polis.

2- Anjing yang menjaga rumah yang terpencil, mewah atau seumpamanya. Juga termasuk anjing yang menjaga tanaman dari diceroboh, dan ternakan dari dimusnahkan.

3- Anjing yang melindungi tuan ketika berjalan ditempat bahaya seperti hutan belantara.

 

▶ Fakta :

☑ Hukum najisnya anjing terdapat dalam dalil sahih secara jelas. Hujah hukumnya lebih kuat berbanding hukum najis babi, kerana hukum babi menggunakan dalil diperingkat ke4, iaitu Qias.

☑ Orang yang merawat anjing disebabkan luka, cedera, atau sakit mendapat pahala kerana melindungi haiwan ciptaan Allah.

☑ Sabun tanah liat boleh digunakan dengan syarat kandungan tanah mesti melebihi kandungan lain dalam sabun tersebut.

Koleksi soal jawab | Klik ▶ http://bit.ly/13vPfFX