Soalan : Hukum wanita memotong kuku dan rambut ketika haid. Juga cara buang rambut yang sudah digunting dengan betul. Mohon berikan dalil.

▶ Jawapan : Wanita boleh memotong kuku dan rambutnya supaya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Ia boleh dilakukan dalam apa jua situasi termasuk ketika haid.

▶ Fakta :

❶- Tiada dalil dari Al-Quran, dan Al-Hadis yang mengharamkan perbuatan memotong kuku dan rambut ketika haid. Jadi ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus.

Pendapat ini dipegang oleh Ulama Syafiiyah (Ruj. Tuhfatul Muhtaj) Imam al-Bukhari (Ruj Sahih al-Bukhari, Hadis 317) dan Ibnu Taimiyah (Ruj. Majmu` Fatawa, Jil 20 /120-121)

❷- Pendapat yang mengatakan tidak boleh memotong rambut dan kuku ketika haid ialah lemah kerana tidak dikuatkan dengan mana-mana ayat Al-Quran ataupun Hadis.

❸- Tiada cara khusus menanam rambut atau kuku selepas dipotong. Bahkan tiada dalil yang mewajibkannya.

❹- Kuku dan rambut ditanam atau diuruskan dengan baik sekiranya dibimbangi terdedah kepada perlakuan sihir dan jampi.


Like ‖▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam