▶ Jawapan : Halal selagimana proses yang dilakukan bukan bertujuan untuk membuat arak. Ia Terhasil dari proses buat makanan dan minuman yang halal.

Syarat :

1) Kandungan alkohol tidak lebih dari 0.01%
2) Proses bukan untuk buat arak.

Jika keluar dari 2 syarat di atas maka jatuh hukum haram kerana terdedah kepada sifat-sifat arak.

▶ Fakta -

1) Semua arak ada alkohol, tapi tidak semua alkohol adalah arak.

2) Minyak wangi yang mempunyai alkohol tidak najis kerana alkohol darinya terhasil bukan dari proses pembuatan arak. Tapi meminumnya haram kerana membawa kematian.

3) 0.5% Alkohol yang terdapat pada pewarna atau perasa yang bersifat menstabilkan makanan dibolehkan selagimana ia terhasil bukan dari proses buat arak.

Rujukan Fatwa Klik ▶ http://bit.ly/qsNyy8