Panduan Ustaz Ustazah | Teknik Jawapan Soalan Agama

❶ - Pastikan hukum itu dari rujukan kitab atau sumber internet yang boleh dipercayai.

❷ - Sumber internet hanya untuk menguatkan, ia bukan sumber utama untuk dijadikan pegangan.

❸ - Pastikan kualiti suatu hadis jika ia berkaitan.

❹ - Elakkan perbahasan panjang kerana ia merumitkan pembaca.

❺ - Semak penulisan sekurangnya 5 kali sebelum Publish. Bimbang pembaca tidak faham.

❻ - Katakan "Saya tidak tahu" sekiranya benar-benar tidak tahu, atau masalah tersebut terlalu banyak perbezaan pendapat. Sehingga tidak dapat ditentukan mana satu yang lebih kuat untuk dipakai.

❼ - Apabila masalah timbul dan ia rumit untuk diselesaikan, bertanyalah guru-guru yang lebih mahir.

≡≡≡≡▶ Kemudian, berilah jawapan yang ringkas seperti yang pernah dilakukan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab "Umdatul Muftiin wa Raudhatul Tholobin".

WallahuAlam.