Perancangan tahun 2013 lebih menjurus kepada perancangan memasuki gerbang pekerjaan dan perkahwinan.

Disebut perkahwinan, bukan bermaksud saya mahu berkahwin pada tahun ini. Tetapi saya maksudkan usaha yang kuat untuk mencapai keluarga yang sakinah bermula pada tahun ini.

Jika Allah tentukan berkahwin pada tahun ini (2013/2014), maka itu rezeki dari Ilahi.

Di sini, saya sebutkan impian saya pada tahun ini.

◆ Diri Sendiri

1. Kuatkan pergantungan kepada Allah
2. Jaga penampilan diri dan kebersihan
3. Bersukan seminggu sekali
4. Tidak gunakan duit dengan boros
5. Satu hari, 1 juzuk al-Quran
6. Makan 2 kali sehari

◆ Keluarga

1. Bantu pengajian Huzaifah dan Syakir.
2. Jumpa ayah sebulan sekali.
3. Selesaikan pengajian Al-Quran adik beradik.

◆ Perkahwinan

1. Istikharah dan istisyarah
2. Bertunang

◆ Pengajian

1. Bincang dengan pensyarah untuk Master in research
2. Pastikan setiap bulan ada hadiri majlis ilmu
3. Hadamkan kitab Fiqh Manhaji dan 5 syarah Matan Al-Ghayah

◆ Penulisan

1. Buku "Fiqh Imam dan Makmum"
2. Buku "Panduan Islam dalam Pernikahan - Untuk Mertua dan Pengantin"
3. Buku "189 Soal Jawab Agama"

◆ Pekerjaan

1. Fokuskan kerja dalam bidang akademik. 
2. Bekerja dengan bersungguh kerana Allah.
3. Gaji minima sebulan: RM 2,500
4. Jalankan kelas Al-Quran Al-Jazary
5. Aktifkan Kedai Buku Online

◆ Dakwah

1. Dapatkan tauliah mengajar di Selangor & KL
2. Pastikan ada ceramah di Perlis sebulan sekali.

◆ Halaqah Maya

1. Kuatkan semula saf kepimpinan dengan kerja yang simple dan jelas.
2. Pertingkatkan usaha pembangunan Sekolah MADI di Kemboja. 
3. Hidupkan kembali TV Online dan Radio Online
4. Aktifkan HM.com

◆ Hutang

1. Kumpulkan list hutang
2. Selesaikan semuanya sebelum September 2014
3. Tidak beli barang 'kemahuan' sebelum hutang selesai
4. Tidak mengguna khidmat perhutangan yang ada unsur riba.
5. Apabila hutang selesai, selesaikan hutang ahli keluarga

◆ Pendapatan bulanan

1. 50% - Bayar hutang
2. 15% - Simpanan Peribadi
3. 10% - Simpanan Perkahwinan
4. 20% - Perbelanjaan bulanan
5. 05% - Beli Buku Rujukan

Setelah usaha, maka bertawakal saja kepada Allah bulat-bulat.