Penulis kerjanya menulis. Setiap hari dia menulis. Apabila dia gembira,  dia menulis. Apabila diuji dengan derita, dia menulis.

Apabila dia ada idea, dia menulis.
Apabila dia buntu, dia menulis.

Kenapa? Kerana dia penulis.

Jadi, tidak hairanlah Ibnu Taimiah boleh menulis ratusan buku sekalipun dia sering sibuk dalam medan perang menentang Mongul.

Tidak hairanlah Al-Qaradhawi mempunyai perpustakaan sendiri yang hanya menyimpan karyanya. Sekalipun dia ulama yang dirujuk seluruh dunia.

Tidak peliklah apabila terpampang sekian banyak nama Muhammad Imarah dalam buku-buku terbitan Universiti Al-Azhar. Bukan sekali, tetapi setiap bulan pada buku yang tebal-tebal.

Kerana, mereka penulis. Kerjanya menulis.

Di Malaysia, kita sangat kenal dengan Ramli Awang Mursyid, Pak Latip, Osman Awang, Ustaz Hasrizal, Dr. Zaharudin, dan ramai lagi. Banyak sungguh karya mereka.

Kerana, mereka penulis. Kerjanya menulis.

◆ Penerbit

Penerbit pula, kerjanya menerbit. Setiap bulan mesti ada saja buku baru yang diterbitkan.

Sekalipun diuji dengan lambakan penerbit dan buku-buku baru, mereka tetap menerbit. Mengapa? Kerana tugas mereka adalah menerbit. Mereka terbitkan buku.

Saya adalah seorang penulis. Buku saya diterbitkan oleh syarikat Must Read Sdn Bhd.

Like Page : www.facebook.com/mustread.com.my

Sudah 3 tahun saya bekerjasama dengan penerbit ini. Sudah 3 buah buku diterbitkan. Sebuah lagi akan berada di kedai buku beberapa bulan lagi. Dan lagi, dan lagi akan menyusul.

Sekalipun saya sukar pulang ke Malaysia, Must Read sentiasa menjadikan urusannya mudah. Supaya buku saya diterbitkan.

Saya simpulkan seperti berikut,

Apabila penulis dan penerbit dalam satu bahtera, urusan penulisan dan penerbitan akan menjadi mudah dengan izin Allah.

"Selamat menulis", jika anda seorang penulis.
"Terima kasih", jika anda seorang penerbit.

WallahuAlam.