Metode Al Jazary ialah teknik membaca Al Quran dalam masa cepat. Menjadikan masa 24 jam sebagai sasaran setiap pelajar berjaya menarik minat ramai orang.

Pada tahun 2009, teknik ini telah diuji di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, shah alam, selangor. 10 orang murid yang lansung tidak tahu membaca Al Quran telah dipilih untuk membantu ujian.

Selepas 24 jam, 7 orang dari 10 orang murid berjaya membaca Al Quran dengan memahami hukum-hukum tajwid. 3 orang lagi boleh membaca tetapi dengan sangkut-sangkut.

Pada tahun yang sama, teknik ini diaplikasi kepada semua murid tingkatan1-3 Sekolah Menengah Ibnu Khaldun.

Sebuah kelab pelajar yang diberi nama 'Kelab Fasilitator Al-Jazary' telah ditubuhkan bagi megembangkan teknik ini.

Teknik ini diasaskan oleh Ustaz Syihabudin Ahmad (USA) setelah beliau merujuk banyak kaedah belajar Al Quran dari Indonesia dan Malaysia.