Soalan : salam ust, nak tanya.

ada seorang kawan saya ni belayar atas kapal. dan kadang2 pjalanan memakan masa 18 jam ke platform. arak dalam 127 miles.

boleh ke dia qasar dan jama' solat?
dia blayar dalam 3 bulan. smiggu kat tengah laut..seminggu kat anchorage (tempat kapal bersauh)

dan kadang2 dalam 2minggu sekali @ seminggu sekali dia akan turun ke  darat.

macam mana tu ye?

sbb dia ade dengar kawan dia kata..xblh sbb kapal tu dah dianggap mcm rumah.

▶ Jawapan : Boleh jamak dan qasar.

▶ Fakta :

1) Isu ini seumpama masalah kelasi yang belayar di lautan dalam tempoh yang lama. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum qasar pada situasi tersebut.

2) Mazhab Syafiie mengharuskan Qasar secara total. Manakala mazhab Hanbali pula melarang sekiranya kapal itu sudah menjadi seperti rumah.

3) Maksud rumah ialah, terkumpul di situ satu keluarga. Bermaksud, anak dan isteri juga mendiami kapal tersebut.

4) Justeru, kita dapati kelasi yang belayar menggunakan kapal tidak menjadikan kapal sebagai rumah. Maka, mereka boleh Qasarkan solat jika mahu.

《Like》 www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam