Soalan : Apakah itu wahabi?

▶ Jawapan : Wahabi ialah satu gelaran yang diguna pakai untuk para pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman At Tamimi. Seorang ulama dari mazhab Hanbali.

▶ Fakta :

◆ Syeikh Muhammad memperjuangkan tauhid, menegah manusia dari melakukan syirik dan bidaah, mengajak manusia kembali kepada metodologi Islam yang asal dengan merujuk kepada Rasulullah dan para sahabat baginda.

◆ Terdapat pendapat Syeikh Muhammad yang tidak sesuai dan dianggap pelik. Namun, bukanlah syarat bagi seorang ulama itu untuk tidak salah dalam memberikan pendapat. Kerana ulama juga manusia biasa, bila-bila masa sahaja boleh melakukan kesalahan.

◆ Wahabi bukan mazhab atau tarikat. Ia ialah satu kumpulan dakwah yang sudah tidak wujud sekarang ini.

◆ Ramai orang bertelingkah dan menggelar orang itu dan ini dengan pelbagai gelaran. Sedangkan orang itu tidak layak digelar demikian. Maka jauhilah sikap yang buruk ini.

《Like》 www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam