Header Ads

Book an appointment with SetMore

Hukum Berkapel

Soalan : Apa hukum ber'couple'♥♥?

■ Jawapan : Boleh jadi ia Harus, boleh jadi ia Haram. Ia dinilai berdasarkan niat dan bentuk perbuatan.

》Takrif : 'Couple' atau bercinta ialah perbuatan yang dilakukan oleh pasangan kekasih sebelum berkahwin.

◆ Info :

1) Bentuk bercinta yang Harus : Tidak berniat untuk buat maksiat dan dalam suasana yang tidak membawa kepada maksiat.

Contoh : Berjumpa dan bersembang dengan kekasih di ruang tamu rumah kekasih. Ayah kekasih atau ibunya bersama mereka. Ayah dan ibu mengawasi tingkah laku dan kesopanan anak perempuannya.

2) Bercinta yang Haram : Berniat melakukan maksiat dengan perbuatan maksiat, atau yang menjurus kearah itu.

Contoh : Pasangan kekasih berpimpin tangan di pusat membeli belah.

3) Bentuk bercinta yang Haram : Tidak berniat melakukan maksiat, tetapi melakukan perbuatan maksiat atau yang menjurus kearah itu.

Contoh : Bersembang dengan mesra antara pasangan dalam soal agama atau selainnya, tanpa pengawasan ibubapa.

◆ Fakta : Bercinta dan mencintai ialah dua perkara berbeza.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam

No comments

Powered by Blogger.