Header Ads

Book an appointment with SetMore

Hukum Nazar

Soalan : Saya bernazar untuk berpuasa 7 hari berturut-turut. Tetapi, saya hanya mampu berpuasa selama 5 hari. Apa yang perlu saya buat?

Jawapan ▶ Anda wajib memberi makan 10 orang miskin.

▶ Fakta :

1) Nazar ialah mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah kepada Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

2) Turutan denda,

1. Beri makan kepada 10 orang miskin. Jika tak mampu,
2. Beri pakaian kepada 10 orang miskin. Jika tak mampu,
3. Bebaskan seorang hamba. Jika tak mampu,
4. Berpuasa selama 3 hari.

Rujuk : Al-Maidah, 89

3) Tidak boleh terus berpuasa tanpa berusaha melakukan 3 denda yang awal terlebih dahulu.

4) Kuantiti denda,

◆ Makanan kepada orang miskin hendaklah sekadar cukup mengenyangkan mereka. Makanan mesti mengandungi nasi, lauk, dan sayur bagi orang Malaysia.

◆ Pakaian hendaklah yang menutup aurat dengan sempurna. Wanita hendaklah diberi tudung yang menutup rambut mereka.

◆ Hamba - Isu ini sudah tidak dibincangkan oleh ulama moden.

◆ Berpuasa tiga hari - Tidak diwajibkan untuk berturut-turut.

5) Anak yatim tidak semestinya miskin. Jadi, anak yatim bukanlah kategori yang boleh menerima denda nazar.

6) Denda nazar ini disebut dalam bahasa arab dengan istilah "Kaffarah". Ia juga digunakan dalam isu denda langgar sumpah, menyetubuhi isteri pada siang hari bulan Ramadhan, dan sebagainya.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam

No comments

Powered by Blogger.