▶ Kritikan Kepada ADMIN Page Ikatan Muslimin Malaysia pada Isu Guru Besar Non-Muslim dan Tudung.

Apa manfaat 'Melondehkan' kesalahan orang?
Bila selesai, katakan ia selesai.

-----------------------
Non-Muslim itu sudah minta maaf,
Maka ia selesai.
Dia sudah mengaku bersalah.
Kesalahannya sedikit.
Kesalahan itu tidak mampu robohkan Islam.
----------------------

Kata Rasulullah,
"Setiap anak adam melakukan kesilapan.
Sebaik-baik orang yang buat silap adalah yang bertaubat."

[Direkod oleh at-Tirmizi, 2499]

Untitled

Dalam sejarah Islam, pelbagai isu diselesaikan dengan mudah.

◆ Apabila kita mudah, BUKAN bererti kita 'bacul'.
◆ Apabila kita memaafkan, BUKAN bererti kita 'pondan'.
Tetapi kita menunjukkan bahawa Islam itu sangat mudah.
Supaya orang lebih dekat dengan Islam.

Rasulullah berkata,
"Kamu dibangkitkan sebagai orang yang memudahkan. Kamu tidak dibangkitkan sebagai orang yang menyusahkan."

[Direkod oleh al-Bukhari, 220]

◆ Kristien,
Ramai orang yang murtad suka masuk Kristien,
Kenapa? Kerana kempen mereka adalah cinta, maaf, dan kasih sayang.

Manakala kempen kita?
--- Islam agama yang keras!
--- Tiada kompromi!
--- Sekali kamu salah, kamu mesti mendapat pembalasan!

Saya tidak setuju dengan kekerasan seperti ini.
Ia terkeluar dari prinsip Islam.

Abdullah bin Mas`ud pernah berkata, "Aku pernah melihat Nabi saw menceritakan tentang seorang Nabi yang dipukul oleh kaumnya sehingga berdarah. Kemudian dia mengusap darah dari wajahnya, lalu berdoa 'Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak tahu."

[Direkod oleh al-Bukhari, 3477]

◆ Kata Orang : Kenapa Ustaz Kritik ISMA? Bukankah lebih baik bersatu?

Saya jawab, "Bersatu pada kebenaran. Bukan menggadai prinsip. Saya tidak bersama Admin Page ISMA dalam cubaan mengerohkan hubungan Muslim dan Non-Muslim di Malaysia."

◆ Ikutlah Nabi. Banyakkan membaca al-Quran, sirah Nabi dan hadis-hadis.