Sebahagian orang terlalu memuja Imam al-Ghazzali sehingga pendapatnya dianggap seperti wahyu yang tidak boleh dipertikai.

Alasannya, 'Dia ulama besar! Mana mungkin dia salah?!'

Sebahagian yang lain terlalu kritis pula terhadap pandangan al-Ghazzali sehingga sanggup menuduh al-Imam dengan dakwaan yang tidak sepatutnya.

Jadilah golongan yang pertengahan. Mengiktiraf keilmuan al-Imam dan memberi kritikan yang mampu dimanfaatkan orang lain.

Jika al-Imam tersilap menukilkan hadis, betulkanlah kesilapan tersebut.
Kerana al-Imam bukanlah Nabi atau Rasul.
Al-Imam juga buat silap, sepertimana kita seringkali buat.

► Kata Rasulullah,

"Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Tetapi orang yang terbaik dalam kalangan mereka itu ialah orang yang bertaubat."

[Direkod oleh at-Tirmizi. Hadis Gharib, Hasan]

Penuntut ilmu,
Jangan sekadar menterjemah karya al-Imam.
Tetapi nilaikan juga kenyataannya.

Al-Imam sudah pergi meninggalkan kita,
Beliau telah meninggalkan jutaan manfaat yang dibawa berjumpa Allah.

Namun kita?
Adakah sekadar mengkritik?
Atau sekadar bertaqlid buta?

Kita juga akan bertemu Allah nanti,
Justeru, apa amalan yang kita bawa?