Jawapan ► Haram jika dicukur tanpa alasan yang kukuh.

[ Fakta ]

❶ HARAM

|| Pendapat ▬
◆ Majoriti ulama dari Mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali dan satu pendapat dalam mazhab Syafiie. Ia juga pendapat Imam asy-Syafie.

|| Hujah ▬
◆ Haram kerana melawan suruhan Nabi saw dalam hadis yang sahih dan jelas. Kata Rasulullah saw,

"“Bezakan dirimu dari orang-orang musyrikin, dan lebatkan janggut dan potonglah misai”

(Direkod oleh al-Bukhari, 5442)

“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”.

(Direkod oleh Muslim, 626)

❷ MAKRUH

|| Pendapat ▬
◆ Ini adalah pendapat yang kuat dalam Mazhab asy-Syafiie.

|| Hujah ▬
◆ Larangan Nabi dalam hadis bermaksudkan Makruh tidak membawa kepada Haram.

❸ Pendapat Sebahagian Ulama Moden

Suruhan mencukur janggut adalah untuk membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Apabila muncul satu zaman yang manusia tidak dibezakan dengan janggut atau rupa paras, maka larangan itu sudah tidak ada.

❹ Cukur janggut atas arahan orang yang lebih berkuasa.

Kewajipan mencukur janggut tidaklah sekeras kewajipan untuk bersolat. Justeru itu ulama berbeza pendapat tentang kewajipannya.

Jadi, bagi orang yang diarahkan untuk mencukur janggut atas arahan orang yang lebih berkuasa, maka dia boleh mencukur janggutnya.

Contoh; Pegawai polis dan tentera yang diarahkan untuk mencukur janggut dan misai.

▬▬▬▬ Tetapi jika pekerjaan itu tidak mendesak, maka membiarkan janggut itu tumbuh dan mengemaskannya adalah lebih baik ▬▬▬▬

► Had Dibenarkan Gunting Untuk Kekemasan

① Sekurang-kurangnya meninggakan segenggam janggut.
② Tiada had, asalkan masih boleh disebut janggut atau jambang.


[Ruj : Mausu`ah Fiqhiyah, Jil 35, m/s 225-226]

Like ‖▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam