Jawapan : Ia ada 2 keadaan.

❶ Dibalut sebahagian anggota wudhuk sahaja.

Contoh, yang dibalut cuma dari siku hingga pergelangan tangan sahaja.

Maka, wajib membasuh seperti wudhuk pada bahagian tangan yang tidak berbalut, kemudian menyapu dengan air yang nipis pada bahagian berbalut.

|| Hujah ▬

◆ Jabir bercerita,

“Kami pernah keluar dalam sebuah perjalanan, lalu salah seorang di antara kami terkena batu pada kepalanya sehingga terluka serius. Kemudian dia bermimpi (yang mewajibkan mandi) , lalu dia bertanya kepada para sahabatnya;

'Apakah ada keringanan untuk aku bertayammum sahaja?'

Mereka menjawab; 'Kami tidak mendapati ada keringanan untukmu sedangkan kamu masih mampu menggunakan air.'

Maka orang tersebut mandi dan terus meninggal.

Ketika kami sampai kepada Nabi saw, diceritakan kepada baginda tentang kejadian tersebut. Lantas Rasulullah berkata,

"Mereka telah membunuhnya, semoga Allah membunuh mereka! Tidak bolehkah mereka bertanya apabila mereka tidak tahu? Sesungguhnya ubat bagi kebodohan adalah bertanya!

Memadailah bagi lelaki itu untuk membalut lukanya sahaja , kemudian menyapu di tempat balutan itu. Setelah itu dia mandi pada bahagian anggota lain di seluruh tubuhnya."

[Direkod oleh Abu Daud, 336]

► Menyapu pada bahagian balutan ini mengambil kaedah Darurat. Dalam kaedah itu menyebut, "Darurat diambil mengikut kadarnya sahaja"

Justeru, hanya bahagian darurat sahaja yang dibenarkan sapu, manakala bahagian lain masih kekal dengan hukum asal.

❷ Dibalut keseluruhan anggota wudhuk.

Contoh, dibalut keseluruhan kaki.

Maka, wajib menggantikan wudhuk dengan tayammum kerana salah satu dari anggota wudhuknya sudah terjejas sepenuhnya.

▬▬▬ Tidak perlu menggabungkan antara Wudhuk & Tayammum kerana ia telah menyalahi prinsip agama yang sentiasa memberi kemudahan kepada umatnya  ▬▬▬▬

Like ‖▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam