Apabila ada orang melebel diri mereka SALAFI, tetapi berperangai yang sangat jauh dari tunjuk ajar Nabi saw, maka jauhi mereka.

Mungkin mereka tertipu,
atau mereka mahu menipu kita.

SALAFIYAH menjadikan metodologi Rasulullah saw dan para sahabat sebagai teladan. Itu prinsip SALAFIYAH.

Jika kita bimbang pada fitnah di dunia Facebook,
Tak salah kita edit kenyataan kita, atau kita buang kenyataan itu.

Keegoan mempertahankan sesuatu yang tidak perlu sentiasa menyebabkan isu kecil menjadi besar, isu besar lebih dibesar-besarkan.

Iktibar Dari Sejarah

Selepas perang Badar al-Kubra selesai, Nabi saw dan para sahabat berbincang bagaimana menguruskan tawanan perang. Adakah releven untuk dibunuh, atau dibebaskan dengan membayar harga tebusan.

Ketika itu, Rasulullah, Abu Bakar dan majoriti para sahabat menyokong pendapat untuk mengambil nilai tebusan. Tetapi Umar dan sebahagian kecil umat Islam berpendapat agar dibunuh tawanan itu.

Akhirnya, Allah menurunkan wahyu yang mempersetujui pendapat Umar, sekalipun dia adalah golongan minoriti.

Apabila mendapat wahyu itu, Rasulullah lantas bersetuju dan berkata, "Benarlah kata-kata Umar."

Rasulullah tidak mempertahankan sesuatu yang tidak perlu.

WallahuAlam.