Sebentar tadi, TV Al-Hijrah dalam rancangan Asalamualaikum bersama pengacara Puan Fara Adiba dan Cik Puan Azidah meminta saya mengulas berkenaan isu "Wanita Menyertai ISIS". Maka berikut adalah jawapan saya;

--- Dalam buku "Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab" terbitan KEMILAU PUBLIKA SDN BHD merekodkan sebuah hadis yang menarik dalam isu ini.

Aisyah berkata: "Suatu hari, aku bertanya Rasulullah SAW, "Wahai utusan Allah, Adakah kaum wanita diwajibkan berjihad?" Lalu Rasulullah menjawab, "Benar, mereka diwajibkan jihad tetapi tanpa perang dalam perjuangan mereka iaitu jihad mereka pada haji dan umrah." (HR Ibnu Majah: 2901)

Pada asalnya, jihad bagi kaum wanita adalah tidak wajib. Ia cuma boleh menjadi wajib apabila berlaku darurat seperti kawasan tempatnya tinggal diserang dan tenaga lelaki sahaja tidak mencukupi.

ISIS bukan gerakan Islam. Ia adalah fitnah kepada Islam. Justeru itu, menyertai suatu pertubuhan tanpa ilmu merupakan satu tindakan yang dangkal. ISIS tidak menunjukkan wajah Islam dari semua sudutnya. Tiada jihad bersama-sama mereka.

WallahuAlam.