Anas bin Malik menyampaikan satu hadis daripada Nabi SAW;

 ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Rasulullah pernah berkata: "Tiga perkara apabila berada dalam diri seseorang, maka ia akan merasakan KEMANISAN IMAN.

Hendaklah dia paling mencintai Allah dan Rasulullah berbanding orang lain.

Hendaklah dia mencintai seseorang dalam keadaan dia tidak mencintainya melainkan hanya kerana Allah.

Dia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.

(Hadis ini direkod oleh al-Bukhari, dalamKitab al-Iman, Bab Kemanisan Iman.)

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemanisan Iman?

Syeikh Fuad Abdul Baqi berkomentar: Kemanisan iman ialah terbukanya dada untuk keimanan serta merasa lazat apabila melakukan ketaatan.