Abi al-`Ala' meriwayatkan:

 أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلَاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلَاثًا» قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّي
Utsman bin Abi al-Ash datang menghadap Rasulullah saw dan mengadu, “Wahai utusan Allah, sesungguhnya syaitan menggangguku dalam solatku dan mengacau bacaan solatku.” Rasulullah saw bersabda, “Itu adalah syaitan yang bernama Khanzab. Jika kau merasakan gangguannya, maka berlindunglah kepada Allah daripada syaitan tersebut dan meludahlah ke kiri tiga kali.” Utsman lalu berkata, “Aku melaksanakan suruhan Rasulullah saw tersebut, sehingga Allah menghilangkan gangguan tersebut dariku.” 

(HR Muslim : 2203)

Pengajaran: 

Hadis ini menuntut kita membuat perkara berikut apabila merasakan gangguan Syaitan di dalam solat sehingga hilang rasa khusyuk: 
  1.  Membaca al-Isti`azah. Iaitu ucapan A`uzubillahiminasy Syaitonir Rajim (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) - Aku memohon perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam. 
  2. Mengisyaratkan dengan meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali. Bukan meludah dengan mengeluarkan air liuh, tetapi hanya mengeluarkan bunyi dan angin. 
Wallahua`lam.