Dalam Mimbar Pencetus Ummah 2 semalam, seorang penonton telah bertanya seorang peserta Pencetus Ummah,

►"Wujudkah ganjaran payung emas untuk isteri yang mengiizinkan suaminya berpoligami?"

Lalu Sang PU menjawab, "Ya, ada."

❶ Komen Ustaz Kazim Elias: "Jawapan yang tidak berhati-hati."

❷ Jawapan Sebenar: "Tidak ada ganjaran payung emas untuk isteri yang beri keizinan suaminya berpoligami. Tidak ada sebarang hadis sahih, hasan, mahupun dhoif dalam isu berkenaan. Ia terdapat dalam buku-buku, dan ia hanya pendapat penulis buku berkenaan sahaja."

❸ Rujuk ulasan Ustaz Naim: KLIK

❹ Isteri berhak untuk membantah suaminya yang mahu berpoligami jika alasannya kukuh. Rujuk artikel saya bertajuk, "Adil Dalam Poligami" : KLIK

WallahuA`lam.