Soalan: ►Bolehkah namakan atau gelarkan anak dengan nama "Hana"?

Jawapan: ►Tidak digalakkan. Hana (هان) dengan huruf Ha' simpul dalam bahasa Arab boleh membawa maksud: hina atau keji. Dalam beberapa keadaan ia boleh membawa maksud mudah atau lemah.

Hani pula (هَنِيّ) dibolehkan kerana bermaksud selesa atau tenang.

❤ Manakala حانَ dengan Ha' pedas membawa maksud lembut.

Hanan (حنان) bermaksud seseorang yang mempunyai kelembutan dan kehalusan jiwa.

Hani' (هَنِئَ) Pula membawa maksud kegembiraan atau kebahagiaan. boleh juga dimaksudkan dengan tenang.

Hana' (هَناء) dengan bacaan hamzah - seperti bunyi Hanak- membawa maksud kebahagiaan dan kegembiraan

Fakta

❶ Umat Islam dilarang daripada menggunakan nama yang buruk dan memalukan. Jika baru tahu, sila tukar segera.

❷  Abu Darda' meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنّكم تُدعَوْنَ يومَ القيامَةِ باسمائِكُم وأسماءِ آبائكُم، فاحسِنُوا أسماءكم

Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapa kamu, jadi perelokkanlah nama kamu.

(HR Abu Daud, 4948. Sahih)

❸ Antara nama lain yang dilarang dan maksudnya ialah;

✘Zana -:  Berzina
✘Fasyilah : Gagal
✘Hazinah : Yang sedih
✘Khusrin : Yang rugi
✘Razilah : Yang keji
✘Syatimah : Maki hamun
✘Zaniyah-: Pelacur/Penzina

❹Peringkat nama-nama yang disukai dalam Islam:

✔ Nama Abdullah dan Abdul Rahman.
✔Semua nama yang membawa maksud penghambaan kepada Allah seperti Iibadur Rahman, Abdul Aziz, Abdul Rahim dan lain-lain.
✔Nama para nabi dan rasul. Yang paling utama ialah nama Muhammad.
✔Nama hamba-hamba Allah yang soleh termasuk para ulama dan kenalan.
✔Setiap nama yang mempunyai makna yang baik.

❺ Nama yang digalakkan untuk ditukar:

Syihab ➤ Hisyam

Hisyam bin Amir bercerita: Aku datang menemui Nabi Muhammad SAW, lalu baginda bertanya: Apa nama kamu? Aku menjawab: Syihab. Rasulullah lantas berkata: Bahkan nama kamu adalah Hisyam. 
(HR Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad: 825. Hasan menurut al-Albani)

❻Tidak ada nas daripada hadis atau al-Quran bahawa nama-nama berikut adalah dilarang kerana dikatakan ia berkaitan Jin.

1. Balqis – ketua jin.
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha .

Isu Jin adalah isu ghaib yang memerlukan dalil kerana tidak ada seseorangpun makhluk di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah (Rujuk surah an-Naml: 65). Bahkan, ramai juga orang yang bukan daripada nama di atas terkena gangguan jin.

➐ Menurut al-Fadhil Irfan Naim : "Pada saya nama tak sepertinya perlu dinamakan dengan nama arab, bahkan jika tidak punya erti pun tidak mengapa. Kadangkala perkataan tersebut terpuji dalam satu bahasa tetapi bermakna keji dalam bahasa lainnya"
WallahuA`lam.