Soalan: Assalamualaikum budin nak tanya sikit. Kalau si mati ade puasa ganti yg belum diganti apa yg perlu keluarga si mati buat ye? Syukran

- Yasmin Lathif, rakan sekolah SMAKJ.

Jawapan:  Waalaikumusalam. Sunat bagi kaum kerabatnya menggantikan puasa baginya.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: 
«مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ»
"Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih ada tanggunggan puasa (puasa wajib seperti puasa Ramadhan, Nazar, dan Kaffarah), maka hendaklah walinya berpuasa untuknya."
(HR al-Bukhari dalam kitab as-Saum: 1952)

❷ Syeikh Fuad `Abdul bagi dalam ulasan Sahih al-Bukhari menyebutkan maksud wali dalam hadis ini ialah kaum kerabatnya sekalipun bukan daripada ahli waris. Jadi, kaum kerabatnya disunatkan untuk berpuasa ganti buat si mati sekiranya dia mati sebelum sempat menyelesaikan tanggungjawab puasanya.

❸ Imam Ibnu Uthaimin dalam Fatawa `Ala Darbi pula menyebutkan bahawa kaum kerabat boleh saling bantu membantu berpuasa sekiranya si mati mempunyai banyak tanggungan puasa.

Sebagai contoh, jika si mati ada 5 hari puasa ganti, maka 2 hari diambil oleh ibu saudara, 2 hari diambil oleh anak lelaki, dan 1 hari lagi diambil oleh bapa tiri.

Wallahua`lam.