Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad (selawat) juga menggunakan kaedah bercerita di dalam menyampaikan ilmu? 

Jadi, kaedah bercerita itu adalah sunnah

Tetapi, perlu diingatkan bahawa,
■ Cerita perlu fokus kepada tujuan ilmu,
■ Jauhkan daripada menyebut sesuatu yang tidak penting. 

Jika menyebut cerita-cerita agama atau disandar kepada agama,
■ Maka perlu pastikan kesahihan terlebih dahulu.
■ Dilarang membuat sebarang tambahan melainkan ulasan.
■ Dilarang menyebutkan perkara ghaib yang kita tak tahu kesahihan sumbernya. 

Semoga Allah memberkati ilmu kita semua.

Contoh: 
Rasulullah (selawat) bersabda:
كَانَتِ امْرَأَتَانِ مَعَهُمَا ابْنَاهُمَا، جَاءَ الذِّئْبُ فَذَهَبَ بِابْنِ إِحْدَاهُمَا، فَقَالَتْ لِصَاحِبَتِهَا: إِنَّمَا ذَهَبَ بِابْنِكِ ، وَقَالَتِ الأُخْرَى: إِنَّمَا ذَهَبَ بِابْنِكِ، فَتَحَاكَمَتَا إِلَى دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ فَقَضَى بِهِ لِلْكُبْرَى، فَخَرَجَتَا عَلَى سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ فَأَخْبَرَتَاهُ، فَقَالَ: ائْتُونِي بِالسِّكِّينِ أَشُقُّهُ بَيْنَهُمَا، فَقَالَتِ الصُّغْرَى: لاَ تَفْعَلْ يَرْحَمُكَ اللَّهُ هُوَ ابْنُهَا فَقَضَى بِهِ لِلصُّغْرَى
Terdapat dua orang wanita (pada zaman Nabi Daud dan Sulaiman) yang bersama anak mereka. Lalu datang seekor serigala melarikan anak salah seorang daripada mereka berdua. Lalu salah seorang berkata kepada yang lain: “Sesungguhnya (serigala itu) membawa lari anak kamu.” Berkata pula yang seorang lagi: “Sesungguhnya (serigala itu) membawa lari anak kamu.”
Lalu mereka berdua meminta keputusan penyelesaian kepada Daud alaihissalam. Daud memenangkan (hak) kepada wanita yang lebih tua.
Kemudian, kedua-dua mereka pergi pula bertemu Sulaiman alaihimassalam, lalu menjelaskan kepada baginda (tentang masalah dan keputusan Nabi Daud). Sulaiman pun berkata: “Berikan aku pisau, akan ku belah menjadi dua.” Lantas wanita muda berkata: “Jangan lakukan seperti itu! Semoga Allah merahmati kamu. Anak ini adalah anaknya.” Sulaiman memutuskan (hak) bayi itu adalah milik wanita muda berkenaan.

—————— CATATAN ILMU ——————-
►Sumber______________
Kitab: Sahih al-Bukhari | No. Ruj: 6769| Perawi Tertinggi: Abu Hurairah
►Ulasan_______________
Muhaddis: Al-Bukhari | Kualiti Menurut Muhaddis: Sahih.
———— Allah Lebih Tahu ————