Tahukah anda bahawa berdiam dan terus belajar dengan cara berikut akan menambahkan ilmu anda:

❶ Tanya
❷ Dengar
❸ Baca
❹ Teliti Isu
❺ Banding pendapat

Justeru itu, saya benar-benar tidak suka BERCERAMAH. Isteri saya adalah orang yang paling memahami hal tersebut.

Apabila saya berceramah atau membuat perkongsian (selain tulisan), Itu tanda saya "terpaksa melakukannya" kerana penganjur masih belum dapat menjemput orang yang terbaik.

Justeru, saya sering nasihatkan penganjur: "Apabila ada orang lain yang lebih baik, hentikan saya dan ambil orang itu."

Terpaksa tidak bermakna tidak ikhlas. Kerana keikhlasan, dan sikap amanah sangat penting dalam proses pendidikan.

Tetapi, saya suka mendahulukan orang lain dalam isu ini. Saya tidak suka bercakap-cakap dalam menyampaikan ilmu agama. Kerana seringkali cakap-cakap itu mendahului kajian dan pertimbangan akademik.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

«بِحَسْبِ الْمَرْءِ مِنَ الْكَذِبِ أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ»
"Cukuplah dikatakan seorang itu sebagai pendusta apabila dia berbicara tentang apa sahaja yang dia dengar” – Hadis Sahih dalam rekod Muslim (5).

Saya yakin, ramai di kalangan ulama dan ustaz ustazah di Malaysia ini mempunyai ilmu yang tinggi kerana banyak belajar dan pengalaman. Justeru itu, mereka adalah orang yang terbaik dalam menyampaikan ilmu dengan bercakap atau berceramah.