Berlapang dada dengan aliran yang berbeza bukan perkara yang mudah.

Jika dulu kita mengalunkan ucapan, 

"Tiada masalah untuk berbeza tetapi yang utama ialah bagaimana kita menghadapi perbezaan itu? Dengan adab atau biadap?"

Ucapan di atas biasanya disebutkan ketika kita berada dan teguh di dalam satu aliran dan tidak pernah mencampuri hal ehwal aliran lain. Ataupun, kita tidak pernah diserang oleh aliran lain. 

Apabila sudah bercampur-campur dengan pelbagai aliran, pelik pula apabila terbit ucapan,

"Jangan berbeza. Anda mengelirukan masyarakat! Anda kurang belajar! Anda baca tak habis! Anda tak hormat guru orang!"

Ucapan kedua ini dituturkan oleh dua golongan:

1- Orang jahil.
2- Ahli ilmu yang tenggelam dengan ilmunya.

Allah lebih tahu.
Mari doakan semoga Allah memuliakan kita dengan ilmu dan adab.