Header Ads

Book an appointment with SetMore

Hadis Palsu: Kelebihan Huruf Ha pada kalimah "Allah"

Diriwayatkan oleh Abbas bin al-Dhahhak al-Balkhi - seorang pendusta yang sangat jahat- daripada Umar bin ad-Dhahak - seorang yang tidak dikenali (majhul) - daripada Abu Muawiyyah daripada al-A’masy daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW,

مِنْ كَتَبَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَمْ يُعْمِ الْهَاءَ الَّتِي فِي اللَّهِ تَعَالَى كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

“Sesiapa yang menulis bismillahirrahmanirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah, maka Allah akan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan dihapuskan daripadanya sejuta keburukan dan diangkat darjatnya sejuta darjat.”[1]


[1] Direkodkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin dan Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu`at. Beliau berkata: Hadis ini tidak sahih.
Powered by Blogger.